Bab 31

188 18 0
                                    

"Puan sudah sedia?"soal doktor itu.

"Ya..."jawab Kamelia dengan yakin.

Hari ini adalah hari dimana anak kembarnya bakal di lahirkan.

Kamelia disarankan oleh doktor untuk menggunakan kaedah Caeseran.

"Sayang ok? Ada rasa sakit?"soal Daniel risau apabila melihat doktor sudah mula memotong bahagian bawah perut isterinya.

"Saya tidak rasa apa-apa."jawabnya dengan senyuman.

"Ok! First baby dah keluar!"beritahu doktor itu lalu membawa baby tersebut untuk dibalut menggunakan kain.

"Next baby, are you ready?"

"Yes..."

Daniel tidak berhenti tersenyum memandang kearah bayi perempuan yang berada dalam dakapan nurse itu.

"Ok...The last one berjaya keluar! Congrats! They both are healthy..."beritahu doktor itu dengan gembira.

Kedua-dua anak mereka diberikan kepada Kamelia dan Daniel untuk mereka lihat buat kali pertama.

"Comel..."

"Ya...Comel macam sayang..."

Kamelia hanya mampu menangis lalu mengucup pipi kedua-dua anaknya sebelum dibawa pergi oleh nurse semula.

Mereka berdua masih lagi disana kerana luka Kamelia masih perlu dijahit.

Namun keadaan menjadi huru hara apabila Kamelia mula meracau kerana sesak nafas secara tiba-tiba.

"Doktor!! Kenapa dengan isteri saya?!!!"soal Daniel panik.

"Cardiac arrest!"

"Sayang...Look at me..."

Dengan nafas yang tersekat-sekat, Kamelia tetap memandang kearah suaminya yang telahpun pun menangis sambil mengenggam tangannya.

Daniel mula membisikkan dengan lembut dua kalimah syahadah dan diikuti perlahan oleh Kamelia.

Sebaik sahaja Kamelia selesai mengucapkan dua kalimah syahadah, matanya terus tertutup.

Doktor cuba sebaik yang mungkin untuk mengembalikan Kamelia namun Daniel tahu yang isterinya memang telah pergi meninggalkannya.

Dia hanya mampu menangis melihat isterinya yang terbaring diatas katil itu.

"Maafkan kami, encik Daniel. Puan Kamelia gagal diselamatkan..."

Hatinya terlalu sedih untuk menerima kenyataan itu. Dia memeluk Kamelia lalu menangis.

Pemergian Kamelia seolah-olah membawa pergi separuh dari dirinya. Bagaimana dia boleh hidup tanpa isterinya?

"Pergilah sayang...You will no longer in pain. Kita jumpa di Jannah ya..."ucap Daniel lalu mengucup dahi isterinya sebelum doktor menutup wajah Kamelia.

Mummy dan daddy Daniel terus meluru masuk ke dalam bilik bedah itu sejurus doktor memaklumkan perkara itu kepada mereka.

"Ya Allah..."mummy Daniel juga turut menangis. Maklumlah, dia sudah menganggap Kamelia seperti anak kamdungnya sendiri.

"Mummy....Daddy...Kamelia dah tiada..."beritahu Daniel yang membuatkan mereka bertambah sedih.

"Ya...Daddy tahu..."daddy Daniel segera memeluk anaknya yang hanya menangis sambil terduduk di lantai bersebelahan dengan katil Kamelia.

"Allah sayangkan Kamelia..."ucap mummy Daniel yang cuba untuk menenangkan satu-satunya anak lelaki mereka.

"Macam mana Daniel nak hidup tanpa dia? Macam mana...Kamelia adalah dunia saya..."

"Kamu mesti kuat...Kalau kamu macam ni, macam mana kamu nak jaga anak-anak kamu?"

"Daniel tidak mampu..."ucap Daniel.

"Daniel...Kamu perlu ikhlaskan pemergian Kamelia..."

Daniel hanya diam dan memandang kearah Kamelia. Dia perlu kuat demi anak-anak mereka.

Dia telah berjanji dengan Kamelia...

~~~~~
Kenapa saya tulis cerita macam ni?!!😭😭😭😭😭 Sorry guys...
Saya yang tulis part ni tidak berhenti menangis. Rasa macam tidak sanggup mahu publish...

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now