Bab 6

6.9K 313 15
                                    

"Cantiknya gambar kita ni!"Kamelia memandang gambar hitam putih milik mereka di tangannya.

"Tapi awak lagi cantik."bisik Rasydan yang membuatkan wajahnya berbahang.

"Ini gambar manyak cantik oh! Boleh uncle pamer depan kedai untuk customer tengok?"soal apek cina itu.

"Boleh saja, uncle. Lagipun uncle yang ambilkan gambar kami."jawab Rasydan dengan senyuman.

"Wah...Terima kasih ya!"

Mereka keluar dari kedai tersebut kemudian menuju ke taman yang merupakan tempat biasa mereka.

"Awak tulis apa tu?"soal Rasydan pelik apabila melihat Kamelia menulis sesuatu di belakang gambar tersebut.

"Nothing! Saya cuma tulis tarikh!"beritahu Kamelia lalu menunjukkan tarikh yang dia tulis kepada Rasydan.

"I see...Hmm...Nah! Ini gambar passport tentera saya! Awak simpanlah!"Rasydan menyerahkan sekeping gambar kecil kepada Kamelia.

Nah! Ini gambar passport tentera saya! Awak simpanlah!"Rasydan menyerahkan sekeping gambar kecil kepada Kamelia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Kepada sesiapa yang terlepas. Ayah kandung Rasydan Lee adalah seorang lelaki berbangsa separuh cina dan separuh Korea. Manakala ibu Rasydan adalah perempuan Melayu yang cantik. Sebab tulah muka dia macam watak diatas. Tapi korang boleh imagine watak lain yang sesuai kalau korang tidak suka watak yang saya pilih! Enjoy reading!❤️*

"Kacaknya Lieutenant saya ni."usik Kamelia sambil merenung gambar Rasydan ditangannya.

"Awak ni suka sangat usik panggil saya Lieutenant. Saya ni bakal suami awak tau!"

"Kalau macam tu, bila awak tukar cincin perak ni?"soal Kamelia dengan kening terangkat.

"Awak yakin? Awak sudah sedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri saya?"soal Rasydan dengan wajah serius. Dia mengenggam kedua-dua tangan Kamelia sambil memandang lama kedalam mata Kamelia.

"Ehem! HAHAHA! Why so serious?"Kamelia menarik tangannya dari genggaman Rasydan dan ketawa dengan kekok.

Perasaan Rasydan sedikit terluka dengan tindakan Kamelia. Walaupun dia tahu bahawa gadis itu amat mencintainya tapi dia masih belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Apa yang diharapkan dari seorang gadis yang berumur 19 tahun?

"Awak marahkan saya?"soal Kamelia sebaik saja menyedari perubahan air muka teman lelakinya.

"Eh! Tidaklah! Saya cuma berfikir tadi. Jangan risau, saya tidak marah."Rasydan mengusap kepala Kamelia dengan lembut.

"Hmm...Kalau macam tu! Jom kita tengok kelip-kelip depan tasik!"ajak kamelia gembira.

"Boleh juga. Tapi saya hantar awak awal pulang. Esok saya perlu datang kerja awal."

"Ok!"

Mereka berdua pergi ke tasik yang hanya terletak berdekatan dengan taman tersebut.

Tanpa menunggu, Rasydan terus berbaring diatas rumput sambil memandang kearah langit yang sedang senja. Kamelia juga mengambil tempat bersebelahannya.

"Saya bukannya tidak bersedia untuk jadi isteri awak tapi saya takut yang saya tidak dapat jalankan tanggungjawab saya dengan sempurna. Saya masih muda. Tapi, kalau awak bersungguh-sungguh melamar saya untuk jadi isteri awak, saya akan terima. Saya akan cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik untuk awak."Ucap Kamelia lalu memandang kearah Rasydan disebelahnya.

"Saya yakin awak akan jadi terbaik. Lepas ni, kalau saya tiba-tiba bawa cincin emas dan melamar awak. Awak janji mesti terima tau!"Rasydan menongkatkan kepalanya lalu memandang kearah Kamelia.

"Baiklah Lieutenant! Saya akan tunggu lamaran awak!"

Mereka berdua menikmati pemandangan langit yang senja sehinggalah langit tersebut menjadi malam.

"Tengok! Kelip-kelip!!"beritahu Kamelia teruja.

"Cantik..."ucap Rasydan tetapi matanya tidak memandang kearah kelip-kelip yang ditunjuk oleh Kamelia. Sebaliknya, dia memandang kearah wajah cantik Kamelia yang teruja melihat kelip-kelip.

"Awak dengar ataupun tidak? Tengok kelip-kelip tu!"Kamelia memandang kearah Rasydan yang sedang merenungnya.

Wajah mereka hanya beberapa inci dari antara satu sama lain. Jantung Kamelia berdegup laju dan dia sudah bersedia menutup matanya kerana terlalu gemuruh dengan Rasydan.

"Sorry..."Rasydan menjauhkan dirinya dari Kamelia yang terpinga-pinga dengan tindakannya tadi. Dia meraup rambutnya berkali-kali dan menutup mata. Banyak kali dia mengucap dalam hati dan cuba mengingati Yang Maha Esa.

"I don't think we supposed to be here alone anymore. It's too dangerous for us."Rasydan memandang kearah Kamelia agar dia faham apa yang dimaksudkan olehnya.

"Hmm...Saya rasa, elok awak hantar saya pulang."Kamelia segera bangun dari berbaring diatas rumput.

"Ok...Mari saya hantarkan."

~~~
Omg!! Saya pula yang rasa sweet ni! Sampai handphone saya pun bersemut sebab sweet! Jangan lupa vote dan komen for more updates from me!

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now