Kamelia yang sedang berbaring diatas katil dengan otak yang kosong tiba-tiba dikejutkan dengan seseorang menekan loceng rumahnya.
"Haih...Siapa pula yang datang rumah aku ni? Berehat pun susah! Mesti Wong yang datang ni!"rungut Kamelia lalu memakai cardigan panjang untuk menutup baju tidurnya yang agak pendek kemudian mencapai cermin matanya.
Selalunya, dia memakai contact lenses sekiranya keluar rumah kerana malu jika orang lain nampaknya bersama cermin mata.
"Wong! I thought you bagi I cuti--"
"Hai Kamelia."sapa Daniel dengan wajah bersalah. Dia memegang belakang lehernya dengan perasaan malu kerana ini rupakan pertama kali dia melihat Kamelia dengan rambut tidak berikat dan mengenakan cermin mata.
"Macam mana awak boleh jumpa rumah saya?!"jerit Kamelia takut.
"Ok...Chill...Saya yang paksa Mr Wong bagi alamat awak dekat saya."beritahu Daniel yang membuatkan Kamelia sedikit lega kerana lelaki itu tidak mengupah spy atau menjadi seorang stalker.
"Awak buat apa disini?"soal Kamelia lalu menyilangkan tangannya.
"Actually...I have something to ask you."
"Ask me? Hmm...But you can't ask me here. We need to go somewhere else."cadang Kamelia.
"Yeah...Betul. Hahaha...Mustahil awak jemput saya masuk rumah kan? Silap-silap kita berdua kena tangkap khalwat."
"Tahu pun...Tunggu jap! Saya perlu tukar pakaian."
"Eh! Buat apa? Pakaian ok la. Tidak perlu tukar."
"Kalau macam tu, saya pakai contact lenses."
Rasydan menarik tangan Kamelia dari masuk ke dalam rumah.
"You don't need contact lenses. You're beautiful without them."ucap Daniel yang membuatkan Kamelia akur.
Mereka berdua berjalan menuju ke taman yang berdekatan.
"Apa benda awak mahu tanya tadi?"soal Kamelia lalu duduk di kerusi taman.
"Sebenarnya...Saya curious tentang awak. So, saya mahu mengenali awak dengan lebih."
"Why?"
"Because....I think i---"
"You what?"soal Kamelia tidak sabar.
"I think i already fall for you?"
"Janganlah bergurau tidak bertempat."Kamelia mengeluh lalu cuba untuk meninggalkan Daniel.
"Saya tidak bergurau, Kamelia. Saya suka awak sebab awak seorang yang sangat berani dan hebat."
"Stop it Daniel. Jangan mengarut! Awak baru jumpa saya! Kita belum kenal sangat pun! Tolonglah jangan main-main!"Kamelia terus meninggalkan Daniel tanpa mengendahkannya yang masih memanggil.
"Kamelia!!!"jerit Daniel dan cuba untuk mengejar Kamelia.
Jantungnya hampir terhenti apabila wanita itu tiba-tiba rebah dan tidak menyedarkan diri.
~~~
Hai guys! Sorry lambat update! Jgn lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
Takdir Cinta✔️
RomanceKisah seorang wanita yang hidup lebih dari 90 tahun namun dirinya tidak dimakan usia. Tetapi kehidupannya yang panjang membuatkan dia terseksa. Dalam gelap dia meronta untuk melepaskan diri dari kehidupan, dia bertemu semula dengan kekasih hati yang...