Bab 28

51 10 1
                                    

"Arin"

Arin menoleh ke arah pintu.Taehyung tersenyum lemah melangkah menuju ke katil Arin.Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di atas sebelah dengan katil Arin.Plastik yang berisi kek coklat diletak di atas meja.

"Arin tak nak anak ni" Ujar Arin perlahan.Taehyung mengeluh lemah.Tangan Arin dicapainya.

"Arin,anak ni tak bersalah.Dia tak tahu apa yang berlaku.Jangan bunuh dia.Walaupun dia anak Yoongi,tapi dia juga anak kau.Ingat tu" Ujar Taehyung perlahan.

Arin menangis teresak-esak.Tidak semena-mena,tubuh kecilnya dipeluk erat oleh tubuh Taehyung.

"Hiks!hiks!"

"Shuh!Jangan menangis.Aku tak suka tengok kau menangis macam ni.Mana perginya Arin yang dulu,seorang gadis yang berhati kental dan tidak mudah menangis" Pujuk Taehyung sambil mengusap rambut Arin.

"Kalau kau benci dengan ayah kandung dia sekali pun,jangan libatkan anak kau.Anak kau tidak bersalah.Sekurang-kurangnya,kau boleh jaga anak kau tanpa ayah dia.Kau sendiri yang cakap kau suka baby kan?Jadi,jangan buang anak tu.Jangan libatkan dia dalam situasi macam ni" Ujar Taehyung lagi.

Arin terdiam.Betul kata Taehyung.Kenapa dia perlu membenci dengan anak kandungnya sedangkan  anaknya tidak bersalah.Yang salahnya Yoongi.Kenapa dia perlu melibatkan anaknya?

Perutnya yang masih kempis diusap perlahan.Serta-merta,air matanya gugur.

"Maafkan mama sayang.Mama tak berniat untuk membenci kamu.Mama janji mama akan jaga kamu tanpa ayah kamu"

Taehyung yang melihat Arin mengusap perutnya tersenyum tipis.Rambut Arin diusapnya.

"Beside that,aku pun boleh jadi uncle!Aku teringin juga bergelar jadi uncle.Hai,aegi!Ni uncle Taetae!Membesar dengan baik eo?Jangan jadi macam mak kamu,cengeng je memanjang" Taehyung mengusap perut kempis Arin sambil tersenyum kotak.

PUK!

"ARGH!SAKITLAH ARIN!" Taehyung mengusap kepalanya yang sakit akibat diketuk oleh Arin.

"Berani kau sentuh perut aku.Perut aku ni precious tau!Sukahati dia je nak sentuh perut aku!"

Taehyung mencebik.

"Eleh,nak pegang sikit pun tak boleh!KE.DE.KUT!"

Arin menguling matanya menyampah melihat Taehyung yang mencebik bibirnya.Namun wajahnya kembali muram apabila dia memikirkan soal masa depannya.

"Tapi macam mana dengan final exam aku.Aku takut pihak sekolah buang aku dari sekolah.Aku nak sambung sekolah" Ujar Arin dengan nada sedih.

"Soal tu,kau jangan risau.Jin hyung dah bincang dengan pengetua sekolah.Kau tak dibuang dari sekolah sebab kau adalah mangsa.Kau boleh ikut menduduki final exam.Yoongi tak guna tu pula,pihak sekolah beri surat gantung sekolah selama sebulan sebab dia still pelajar.Nak dihantar pergi polis,dia lagi bawah umur.Huh!Kalau aku,aku rejam je Yoongi tu guna lembing sekolah berkali-kali,biar dia mati mereput kena makan dengan ulat" Ujar Taehyung dengan nada geram.

Arin terdiam.Sejujurnya,dia malas ingin mengambil tahu soal Yoongi.Hatinya sudah tertutup buat Yoongi.Dia benci akan insan yang bernama Yoongi.

Dia akan menjaga anak ini tanpa Yoongi.Dia tidak mahu lelaki tak guna tersebut menjaga anaknya.Dia tidak akan sesekali membiarkan anaknya berjumpa dengan Yoongi.

__________________


EKLEK!

"Masuk!" Arah Jin dengan suara sedikit tegas.

Pintu dibuka dari luar.Jin yang sedang fokus menyemak fail pesakit,mendongak melihat insan yang mengetuk pintu tadi lalu serta merta dia terkedu.

"Yoongi?"

"Boleh kita bercakap sekejap?"

_______________


"Mianhae hyung sebab buat Arin macam tu.Aku cuma tak boleh kawal perasaan cemburu aku time tu.Kalau kau nak pukul aku,pukul je!Belasah je aku!Aku tak kesah kalau tu saja buat kau nak maafkan aku"

Yoongi segera berlutut di depan Jin membuatkan Jin terkejut dengan tindakan Yoongi secara tiba-tiba melutut di depannya.

"Yah,bangun!Ya,hyung maafkan kau.Sekarang bangun.Hyung tak marah kau pun" Jin membantu Yoongi untuk bangun daripada terus berlutut.

Yoongi hanya menangis teresak-esak.Tiba-tiba kepalanya mulai berasa pening membuatkan dahinya berkerut menahan kesakitan.Dadanya mulai berasa sakit sekali dengan batuknya yang semakin kuat membuatkan Jin terkejut apabila darah menyembur keluar dari mulut Yoongi.

"Yah,Yoongi!Kau ok tak?!Yoon...YOONGI!BANGUN!NURSE!PESAKIT TIDAK SEDARKAN DIRI!Yoongi,kau kenapa ni?"

Itu sahaja yang Yoongi dengar dari Jin sebelum matanya terkatup rapat tidak sedarkan diri di dalam pelukkan Jin






TBC

Hue!Rindu aye tak!Hik!hik!Tak rindu?Hiks!Oklh bye!Majuk sebulan!Eh tak sebulan!Setahun.Nak gi planet marikh,jumpa abe taelien ngan tata.Hmpph!

[H]Our First And Last Love •MYG•Where stories live. Discover now