Arin melihat pemandangan yang begitu indah di luar tingkap hospital.Suasana di luar sungguh nyaman dengan keadaan kanak-kanak berlari sana sini ditambah juga dengan pesakit yang berjalan-jalan ditemani oleh jururawat.Arin mengeluh kecil.Perutnya yang sudah ada penampakan ketara diusap perlahan.
"Oongi,besar nanti kita kahwin nak?!Nak duduk sama-sama macam mak ayah kita berdua,pastu ada baby,boleh jaga sama-sama"
"Tak nak aku dengan kau.Kau hodoh.Aku tak nak anak aku keluar nanti ikut muka mak dia"
"Eee oongi!!!"
Arin tersenyum kecil mengingatkan kisah zaman dia dan Yoongi waktu kecil dahulu.Sejujurnya dia masih lagi mencintai Yoongi namun disebabkan tindakan Yoongi yang mencuri mahkotanya membuatkan dia bertambah benci dengan Yoongi.
Namun,hati tidak boleh menipu.Hatinya masih lagi dekat dengan seorang insan yang disukainya sejak kecil lagi.
Tok!Tok!Tok!
Arin menoleh.Kelihatan Jimin yang tersenyum dengan sejambak bunga Ros merah ditangannya.
"Kenapa berdiri ni?Awak kena rehat.Awak tu mengandung" Jimin segera membantu Arin yang agak terkial-kial untuk baring di atas katil.Bantal dirapinya dengan elok agar Arin selesa.
"Thanks!" Arin tersenyum.Jimin ikut tersenyum sebelum membuat riak muka serius membuatkan Arin terkejut melihat riak Jimin yang berubah.
"Kim Arin,saya datang sini sebenarnya untuk melamar awak.Saya tak peduli sama ada awak dah disentuh,dianggap jijik atau apa-apa pun,tapi saya tetap sayang dan cintakan awak.Anak dalam kandungan tu akan saya jaga bersama dengan awak" Ucap Jimin.Kocek seluarnya diseluk sebelum muncul cincin bertakhta kan berlian di tangannya.
"Jimin ah" Arin mulai rasa serba salah.Memang dulu dia mempunyai perasaan cinta terhadap Jimin,bahkan tiap kali Jimin lalu,membuatkan jantungnya berdegup kencang.
Namun sekarang tidak.Dia cuma hanya menganggap Jimin sebagai teman baiknya dan tidak lebih dari itu.Hatinya saat ini masih lagi mempunyai nama yang terpahat kukuh iaitu Min Yoon Gi,ayah kepada anak yang dikandungnya saat ini.
"Mian,tapi saya hanya anggap awak sebagai kawan baik saya"
Jimin tunduk,sedih bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.Namun seketika,dia tersenyum.
"Tak apa.Saya cuma meluahkan perasaan saya kepada awak.Jangan risau.Tidur lah,jangan stress sangat.Fikirkan baby dalam tu.Aegi ah,uncle nak balik dah.Jaga mummy tau?Jangan sakitkan mummy,kesian dia.Jadi anak yang baik,ok?" Ucap Jimin dekat dengan perut Arin.
"Saya balik dulu.Jangan lupa makan bubur ayam tu.Penat-penat Namjoon hyung masak" Jimin usap kepala Arin perlahan sebelum dia melangkah ingin keluar dari bilik.
"Jimin ssi"
"Nae?"
"Saya harap awak akan jumpa dengan perempuan yang lebih baik dari saya" Ujar Arin sambil tersenyum.Jimin hanya tersenyum perit sebelum keluar dengan air mata yang mengalir deras di pipinya.
"Tapi tiada perempuan yang mampu menarik perhatian saya sama seperti awak,Arin"
______________
Yoongi POV
"Arin ah" Gambar Arin yang sedang comot makan kek diusapnya perlahan.Dia tersenyum mengingatkan bagaimana persahabatan mereka dahulu begitu akrab sekali sehinggalah gara-gara perasaan cinta butanya terhadap Irene telah merobohkan persahabatan mereka.
"Mian.Aku minta maaf.Gara-gara silap aku,persahabatan kita musnah.And,aku bodoh sebab aku tak sedar bahawa perasaan cinta aku terhadap kau memang dah ada sejak kita kecil lagi.Dari kita sekolah rendah sehinggalah sekarang,aku baru sedar aku cintakan kau" Gelak kecil keluar dari bibir pucat Yoongi sebelum air mata kembali merembes keluar dari tubir matanya dengan deras.
"Yoongi"
"Nae hyung?"
"Kau sure tak nak beritahu kat Arin yang kau sakit?"
Yoongi hanya tersenyum kecil.
"Buat apa aku nak beritahu hyung?Kalau aku mati,lagi bagus.Lagipula,dia benci aku sekarang ni.Benci dengan sikap aku yang bertindak melulu,perkosa dia sampai dia mengandungkan benih aku.Layak ke aku disayangi hyung?"
Jin hanya terdiam melihat Yoongi yang saat ini sudah tidak seperti dulu.
Jika dulu badan Yoongi tegap,kini hanyalah kurus kering seolah-olah tidak makan.
Jika dulu warna kulit Yoongi yang putih pucat macam orang sakit,kini semakin bertambah ketara pucatnya.
Bibir Yoongi merekah,matanya pula kuyu seolah-olah tidak cukup tidur.Tiap kali kerap pengsan kerana badannya yang lemah disebabkan penyakit yang dihidapnya akan membuatkan dia meninggalkan dunia ini.
Yoongi mengeluh kecil.Seketika dia menoleh melihat jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.Perlahan-lahan dia turun dari katil hospital,drip jarum yang tercucuk di tangannya dicabut kasar,membiarkan darah menitik keluar.Jaket hitam dicapainya tidak lupa juga topi hitam dan masker hitam untuk menutup seluruh tubuhnya yang pucat agar tidak dilihat oleh Arin.
___________
Pintu bilik wad Arin dibukanya berhati-hati.Kelihatan Arin yang sudah tertidur nyenyak membuatkan dia tersenyum kecil.Perlahan-lahan dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Arin.Seketika dia tersenyum melihat Arin yang semakin comel kerana faktor mengandung yang membuatkan Arin nampak chubby ditambah lagi dengan perut Arin yang semakin nampak kedepan.
Dengan tangan pucatnya yang terketar-ketar,Yoongi mengusap perlahan perut Arin.
"Aegi ah,mian gara-gara daddy,kamu muncul.Daddy silap.Daddy dah hancurkan hati mummy,buat mummy bertambah benci dengan daddy.Tapi daddy juga bersyukur after daddy pergi tinggalkan mummy,at least baby boleh jaga mummy kan untuk daddy?Jangan nakal-nakal,dengar cakap mummy.Daddy tak dapat ikut nak besarkan kamu,ajar kamu berjalan.Daddy sakit,daddy tak lama lagi akan jumpa Tuhan...ani.Mungkin jatuh terus ke neraka sebab daddy buat dosa berat dengan mummy,dengan orang sekeliling.Tapi at least baby boleh bawa mummy ke syurga"
Yoongi hanya mampu tergelak kecil dengan air mata yang berderai keluar tidak henti henti.Perut Arin dikucupnya lembut sebelum bibir pucatnya mencium tangan runcing milik Arin.
"Sorry,aku dah sakitkan hati kau.Aku sendiri dah hancurkan persahabatan kita.Gara-gara aku,semua hancur.Aku harap after aku tak ada,kau akan lebih bahagia tanpa aku.Hari ini kali terakhir aku akan jumpa kau.Jaga diri kau"
Cincin bertakhtakan berlian yang ingin diberi kepada Arin namun tidak kesampaian diletaknya di tepi bantal Arin.Wajah Arin dilihatnya lama sebelum dia pergi meninggalkan bilik Arin.
Setelah pintu tertutup,Arin yang sudah lama sedar membuka matanya perlahan dengan air mata yang bertakung.Dapat dia lihat betapa pucatnya muka Yoongi,jauh beza dengan Yoongi yang dikenalinya dulu.
"Apa maksud awak,Yoongi?"
TBC
Halu guys,rindu Monie tak tehek!
Sorry if Dah lama x update sbb Monie x tahu mcm mana nk sambungkn citer ni xde idea.Jadi bila Monie tngk citer ni,mcm tergantung je.Jadi Monie decide Monie akan sambung balik.
Tapi Mungkin jarang update sebab Monie busy dengan Sem 2 Form 6 skrng ni.Dengan kerja kursus lagi,mmg susah Nak selalu update.
Anyway,citer ni dhnk ending sudah :'(
YOU ARE READING
[H]Our First And Last Love •MYG•
FanfictionKisah persahabatan,Arin dan Yoongi merupakan sahabat karib dari kecil sehingga remaja.