"Rosse! awas!" jerit Rossie dari jauh. Dia berlari laju menghampiri kembarnya. Namun, Rosse terlebih dulu terkena serangan raksasa tersebut. Bahu Rosse tercucuk dengan benda tajam, seperti lembing bersaiz kecil. Rosse jatuh tersungkur ke belakang. Mulutnya memuntahkan darah.
"Rosse!" Rossie memusnahkan raksasa tersebut sebelum berlari ke arah kembarnya.
"Kau... berdarah.." katanya lirih. Rossie mulai panik melihat lembing tersebut masih lagi tertancap di bahu kembarnya dengan darah tidak berhenti mengalir. Tangan Rossie mengigil menyentuh lembing tersebut. Rosse menyentuh tangan Rossie yang ingin mencabutnya. "Jangan cabut." halang Rosse. Rossie memandang kembarnya dengan dahi berkerut.
"Kenapa?tak sakit ke?"
"Sakit, tapi kalau cabut lagi banyak darah keluar." jawabnya perlahan sambil tersenyum. Walaupun Rosse berusaha senyum padanya, Rossie tahu bahawa kembarnya cuba untuk tidak menunjuk rasa sakitnya. Dia tahu Rosse tak nak dirinya panik.
Wisel berbunyi menandakan perlawanan tamat. Hologram yang dicipta hilang dan mereka kembali ke padang semula. Ryo berlari mendekati si kembar. "Cassie dengan Martin tengah panggil perawat, kejap lagi sampai." ujar Ryo. Rossie masih lagi diam dan tak bergerak. Tangannya juga masih lagi mengigil. Rosse menyentuh kedua tangan Rossie. "Jangan marah." Rossie memandang Rosse dengan muka menahan amarah.
"Dia dah melampau." katanya dengan perlahan. Rosse menggelengkan kepalanya. "Ini yang dia nak dari kau. Dia nak kau rasa apa yang dia rasa. Kalau kau marah dia, kau sama je macam dia." Rossie menarik kedua tangannya lalu berdiri. Ryo pula memapah Rosse bangun. "Jangan risau, kalau kena dekat jantung pun, aku takkan mati. Kau tahu sendirikan aku tak ada kelemahan." Rossie mendongak memandang langit sambil mengeluh kasar. Kemudian dia memandang Rosse semula dengan muka sinisnya.
"Jangan nak berlagak lah." Rosse tersengih. Menyempat lagi perempuan ni bergurau.
"Macam lambat sangat je dieorang ni. Kita pergi je la bilik rawatan." sampuk Ryo. Rossie menganggukkan kepalanya. Semasa mereka berjalan menuju ke bilik rawatan, Martin dengan Cassie berlari ke arah mereka. Perawat juga turut bersama mereka.
"Kak Rosse!" Langkah mereka berhenti. Cassie menekup mulutnya terkejut dengan keadaan Rosse yang penuh dengan darah. "Letakkan dia di kerusi roda." arahan perawat tersebut. Ryo mengangguk lalu memapah Rosse duduk di kerusi roda. "Teruknya luka." kata Martin. Rosse yang dengar tersengih. "Sikit je ni." balasnya.
Cassie memuncungkan mulutnya. "Sikit apanya, muka sampai pucat macam tu. Menyempat pula akak senyum kan." bebelnya. Ryo menarik mereka berdua. "Rossie kau ikut perawat tu, nanti aku datang bilik rawatan. Korang berdua ikut aku." Rossie menganggukkan kepalanya. Kemudian pergi mengikuti perawat tersebut.
Ellen menghentak kakinya. Apa yang jadi tak sama dengan apa yang di harapkannya. "Ellen." Ellen memusing ke belakang. Qiesya memandangnya dengan muka marah. "Kau gila ke?" soal Qiesya. Ellen senyum sinis. "Kenapa? apa yang aku buat salah ke?" soalnya. Qiesya mendekatkan dirinya dengan Ellen. Kedua bahu gadis itu disentuh. "Ellen, sampai bila kau nak berdendam dengan dia?"
"Sampai dia berlutut dekat aku."
"Kau buat macam mana sekali pun, dia takkan berlutut dekat kau!" Ellen menolak tangan Qiesya. Bengang dengan ayat kawannya.
"Kenapa?! Kenapa dia takkan berlutut?! aku cuma nak dia rasa apa yang aku rasa! adik aku hampir mati Qiesya!" amuknya.
"Tapi hakikatnya adik kau masih hidup kan? kau nak Rosse mati baru kau puas? macam tu? kau tahu kan Rosse tu siapa? Dia Angel! dan kau? kau boleh mati di tangan dia, tapi dia tak boleh mati di tangan kau. Kau sedar tak tu?" Ellen terdiam. Dia menundukkan kepalanya menahan air matanya.
YOU ARE READING
Dunia fantasi: Twins (slow update)
FantasyRossie dan Rosse adalah anak kembar kepada Permaisuri Gabriella dan juga Raja Alvin. Sejak mereka mengetahui asal usulnya, kehidupan sehari mereka berubah menjadi tidak masuk akal. Rosse memiliki kuasa Angel sepenuhnya dari bondanya. Manakala Ross...