Bab 20

1.9K 176 16
                                    

"Siapa kau?"

Rossie memandang Ryo lama.

"Apa maksud kau?" soal Rossie pula.

Febian yang berada di sebelah Ryo hanya memerhati dan diam.

Ryo tersenyum sinis.

"Aku tau kau bukan Rossie."

"Apa bukti yang aku ni bukan Rossie?"

"Memori."

"Kalau aku kata, aku Clayrie macam mana?"

Ryo bangun dan menghentak meja.

"Kau tak boleh perbodohkan aku."

Febian menarik Ryo untuk duduk semula.

"Clayrie tak ada kuasa perubahan bentuk. Apalagi untuk menghasilkan berupa manusia sempurna macam kau." kata Febian.

Purlbie yang menyamar menjadi Rossie, ketawa.

"Haih, tak sangka secepat ni kantoi."

"Jadi siapa kau?" soal Febian.

"Aku Purlbie."

Riak muka mereka berdua berubah.

"Kau jangan nak mainkan kiteorang lah!" marah Ryo.

"Aku tak mainkan korang berdua. Ini adalah salah satu kelebihan aku. Kalau aku berubah jadi naga balik, korang takkan dapat berkomunikasi dengan aku."

"Okayh anggap kiteorang percaya kau tu Purlbie. So aku nak tanya, mana Rossie?" soal Febian.

Purlbie menceritakan perkara sebenar kepada mereka berdua.

Muka mereka berdua terlihat tegang selepas mendengar cerita dari Purlbie.

"Sekarang dieorang kat mana?" soal Febian.

Purlbie menggelengkan kepalanya.

"Aku tak tau. Aku tak dapat kesan mereka berdua dah."

Mereka berdua mulai buntu.

"Apa nak buat sekarang ni?" soal Ryo.

"Kita tunggu sampai tengah malam. Kalau dieorang tak balik jugak, aku akan bagitau tempat kali terakhir mereka pergi."

"Kenapa kau tak bagitahu sekarang je? Kalau dieorang dalam bahaya macam mana?"

"Jangan risau, buat masa ni kita tunggu je. Kalau masalah bahaya, aku yakin mereka berdua boleh mengatasinya."

*****

Rossie membuka matanya perlahan lahan. Cahaya yang menyilaukan matanya membuatnya terasa pening.

"Sedar pun."

Rossie terus bangkit dari baringnya apabila terdengar suara yang ia kenal.

"Rosse?"

Gadis yang berada di sebelahnya tersenyum.

"Kau Rosse kan?" soal Rossie.

Rosse ketawa kecil.

"Iya aku Rosse."

Rossie memeluk Rosse.

"Kau ni buat aku risau lah."

Rosse mengusap belakang badan Rossie.

"Aku okayh."

Dunia fantasi: Twins (slow update)Where stories live. Discover now