Bab 33

529 45 20
                                    

"What? Dua personaliti? sejak bila?" mereka berempat menganggukkan kepalanya.

"Sejak dia lahir lagi." jawab Bryan. Rosse meraup wajahnya dengan perasaan tak percaya.

"Siapa je tahu?"

"Semua orang dalam Istana tahu. Kat sekolah hanya pengetua dan cikgu tertentu saja yang tahu. Kalau pelajar aku tak rasa ada yang tahu selain kita orang." kata Daniel pula.

"Cerita dekat aku, semuanya. Nanti, biar aku sendiri bagitahu Rossie." Mereka membalas dengan anggukkan.

"Aku akan cerita, tapi lepas balik sekolah." kata Clayrie.

"Okay."

*****

Balik dari sekolah, Rossie memilih untuk berkurung dalam biliknya. Sudah dua hari dia mencari Ryo namun dia tak menjumpainya. Bila bertanya pada pembantu istana, mereka semua hanya menggelengkan kepala. Dia merasa sedih kerana sepatutnya malam ini mereka pergi ke taman permainan.

Hanya keluhan berat kedengaran di bilik tersebut. Makin lama makin kusut pula otaknya.

"Purlbie." panggil Rossie. Muncul Purlbie disebelahnya.

"Tolong aku cari tempat tinggal Noah, boleh?"

"Boleh, ada lagi?"

"Hm..  cari tahu sekali tentang Qiesya dengan Noah. Aku rasa ada kaitan dengan mereka."

"Tapi bukan ke Noah tu lelaki yang suka dekat dengan kau? Takkan dia ada kaitan pula? Lagipun dia sendiri tolong cari bukti." Rossie tersengih lalu memandang Purlbie.

"Kau ni memang lembab la. Musuh ni boleh jadi dekat atau jauh dan boleh juga jadi kawan kita. Aku sekarang tak boleh nak percayakan sesiapa. Cuma kau je yang boleh harap."

"Kau tak percayakan Ellen?"

"Aku bukan tak percayakan dia, cuma nak jaga jaga je. Dengar boleh, percaya jangan."

"Okayh, aku akan cari tahu punca kebakaran tu."

"Thanks." Purblie menganggukkan kepalanya setelah itu dia menghilang.

Rossie baring semula di tilamnya. Lelangit biliknya di pandang lama. Kemudian perlahan-lahan dia terlelap.

Gabriella yang baru saja balik, melihat Rosse sedang duduk termenung di pondok bunga seorang diri. Dia berjalan ke arah pondok bunga.

"Rosse?"

"Eh, mama." tegur Rosse.

"Kenapa duduk sini sorang-sorang? dah malam tau, tak elok ada kat luar." Gabriella duduk di sebelah Rosse.

"Rosse baru je duduk sini. Mama balik ada tertinggal barang ke?"

"Tak ada lah. Mama memang nak balik nak tengok kamu berdua." rambut Rosse diusap lembut.

"Kamu ada masalah ke?" tanya Gabriella. Rosse terus memeluknya.

"Rosse dah tahu tentang Ryo tapi Rossie tak tahu lagi."

"Kamu tengah fikir cara nak bagitahu dia la ni?" Rosse membalas dengan anggukkan.

"Kalau kamu tak boleh nak bagitahu, biar papa je yang cakap." pelukkannya di lepas. Rosse memandang Gabriella.

"Kalau dia sedih macam mana?"

"Rosse tak bagitahu lagi la dia sedih. Paling sedih bila semua orang lain tahu, tapi dia orang terakhir tahu. Mesti dia akan marah. Betul tak?"

"Betul juga. Kalau macam tu, Rosse sendiri akan bagitahu."

"Betul ni?" berkali-kali Rosse menganggukkan kepalanya.

Dunia fantasi: Twins (slow update)Where stories live. Discover now