Bab 3

3.6K 281 11
                                    

Keesokkan harinya. Rossie bangun dari tidur. Buat pertama kalinya dia bangun awal. Selalunya waktu cutilah dia bangun tengah hari. Mungkin di sebabkan tak dapat tidur itu yang membuatnya bangun awal.

Dia bergerak ke bilik mandi sambil membawa tualanya.
Setelah siap bersihkan diri, dia memakai baju t-shirt berwarna putih dan berseluar jeans. Rambutnya seperti biasa digulung. Laci meja soleknya di buka lalu mengeluarkan cermin mata bulat kemudian di pakai. Setelah siap, dia keluar turun ke tingkat bawah.

"Selamat pagi Princess Rossie." tegur pelayan yang lalu lalang.

Dahi Rossie berkerut.

Terasa geli pula di panggil Princess.

Langkahnya di teruskan ke ruang tamu. Dari jauh dia melihat semua orang sudah berkumpul.

Aku je ke yang lambat?

"Eh. Mana Rosse?" soal Permaisuri Maria.

Rossie yang baru sampai hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Alvin.

"Kejap lagi turun lah tu. Clayrie dengan Emma pun tak turun lagi." jawab Raja Hendri.

"Hah tu dieorang." kata Bryan.

mereka semua memandang ke arah Rosse, Clayrie dan Emma.

Seperti biasa.

Rosse akan memakai baju berlengan panjang dan mini skirt.

Rossie melihat Rosse, pelik.

Rosse terlihat berbeza dari yang sebelumnya. Kulitnya agak lebih putih, warna anak matanya juga berubah warna  hazel dan paling nampak perubahannya ialah warna rambutnya. Sepatutnya berwarna hitam tetapi sekarang bewarna ungu. seluruh rambutnya berwarna ungu.

Kejap.

Sejak bila dia warnakan rambut?

"Lambatnya lah korang ni." kata Febian setelah mereka sampai.

"Maaf lah. Bukan sengaja pun. Ni hah Rosse dia tadi takut nak keluar bilik sebab perubahan dekat diri dia." kata Clayrie.

"Duduk dulu. Atuk nak cakap tu. Pasal rambut Rosse nanti bonda kamu terangkan. " tegur Jessica.

mereka bertiga terus sahaja mengambil tempat duduk.

"Atuk tak boleh lama lama. Atuk cuma nak cakap, tolong berikan tunjuk ajar kepada Rosse dan Rossie. Ajarkan mereka berdua tata tertib dekat Kerajaan ini dan syarat istana. Atuk tugaskan kamu semua untuk membantu mereka berdua terbiasa di sini. Terutama sekali kamu Rossie. Atuk harap kamu suka duduk di sini." kata Raja Hendri panjang lebar.

"Atuk jangan risau. Kiteorang akan buat dieorang ni suka duduk dekat sini." kata Bryan sambil tersengih.

"Dan kamu Justin. Kamu paling tua. Jadi, pastikan tak ada yang gaduh atau masalah apa sekalipun. Kamu semua tahukan kalau Uncle dan Auntie yang lain sebuk dengan tugas. Mereka takkan sempat untuk melihat aktiviti kamu semua."

Mereka semua menganggukkan kepalanya kecuali Rosse dan Rossie.

"Permaisuri Maria, Auntie Jessica, Auntie Diana, Uncle Eric dan Uncle Edward akan ke Kerajaan Brince. Dan Uncle Josh, Uncle Alvin harus ke Tenraj kerana ada urusan penting disana. Auntie Clara, Auntie Marsha dan Auntie Gabriella pula perlu ke Angel's Forest. Yang hanya ada di istana adalah Uncle Kevin dan Benny tapi mereka berdua ada tugas. Jadi, lepas sahaja Rosse dan Rossie tahu perkara sebenar, Atuk mahu yang lain bawa Rosse dan Rossie jalan jalan. Paham?"

Mereka yang lain hanya mengangguk saja.

"Kalau macam tu, Atuk pergi dulu. Yang lain boleh bergerak kecuali Alvin dan Gabriella. Kamu berdua terangkan kepada Rossie dan Rosse tentang dunia Wingstone ni." sambung Raja Hendri sambil bangun dari duduknya.

Dunia fantasi: Twins (slow update)Where stories live. Discover now