Ryo melihat Rossie yang sedang tidur nyenyak. Rambut yang menghalang mukanya di selak ketepi.
Ryo mendekatkan mukanya dengan muka Rossie. Dari mata hingga ke mulut dia memerhati satu persatu.
Rossie tersedar, perlahan lahan matanya terbuka.
Mata Ryo dengan mata Rossie bertembung.
Mereka berpandangan sesaat.
Ryo tersenyum.
Kemudian dengan perlahan lahan mata Rossie tertutup semula.
Rambut milik gadis tersebut di sentuh lalu diusap dengan lembut.
"Bertenanglah. Aku akan selalu ada dengan kau." katanya.
Setelah itu, dia bangun lalu keluar dari bilik kesihatan tersebut.
*****
Tamat sahaja pelajaran akedemik, Semua pelajar mengemas dan bersurai untuk istirehat kali ke dua sebelum pelajaran kuasa bermula.
"Jum pergi bilik kesihatan jenguk Rossie." kata Clayrie.
Rosse melihat Clayrie di sebelahnya.
Begnya di ambil dan dipakai.
"Aku nak ke tandas kejap. Kau pergilah dulu. Ajak sekali Emma."
"Nak aku teman tak?" soal Clayrie.
Rosse menggelengkan kepalanya.
"Tak apa. Aku boleh pergi sendiri."
"Okayh kalau macam tu aku pergi dulu."
"Eh?! Clay!"
Clayrie memandang kebelakang. Kakinya berhenti berjalan.
"Ye?"
"Kalau aku lambat, kau jangan tunggu aku. Nanti kita jumpa kat padang terus."
Clayrie mengangkat tangannya lalu membuat tanda 'ok'. Kemudian dia sambung semula jalannya.
*****
Rossie tersedar dari tidurnya. Dia bangun sambil melihat seketar bilik tersebut.
Kosong.
Rossie menunduk lalu mengeluh. Rambutnya yang berjuntaian di gulung. Setelah itu dia melihat ke arah jam.
Kemudian dia turun dari katilnya.
Dengan perasaan bercampur aduk, dia mencuba untuk keluar dari bilik tersebut dengan tenang.
Perlahan lahan pintu di buka.
Rossie melihat kiri dan kanan.
Dia mengeluh lega.
Lega tiada orang lalu lalang dikawasan bilik kesihatan.
Perlahan lahan kakinya melangkah.
Sampai sahaja di tangga menuju ke padang, langkahnya berhenti kerana dia melihat sekumpulan pelajar sedang berada di kawasan tangga tersebut.
Hati Rossie mulai berdebar tak menentu.
Matanya mulai berubah dan Rossie mulai melihat sekumpulan berjubah hitam dengan suara isi hati orang di sekelilingnya.
Rossie mengundur ke belakang sehingga membuatnya ingin terjatuh dari tangga.
Matanya terpejam.
Pelik.
Dia merasakan seperti ada seseorang memeluknya.
Perlahan lahan matanya di buka.
Ryo.
YOU ARE READING
Dunia fantasi: Twins (slow update)
خيال (فانتازيا)Rossie dan Rosse adalah anak kembar kepada Permaisuri Gabriella dan juga Raja Alvin. Sejak mereka mengetahui asal usulnya, kehidupan sehari mereka berubah menjadi tidak masuk akal. Rosse memiliki kuasa Angel sepenuhnya dari bondanya. Manakala Ross...