Bab 2

3.2K 296 19
                                    

Si kembar melihat istana di depannya. Mata mereka langsung tidak berkedip. Riak muka mereka juga sukar untuk di tafsir.

"Hah yang tercegat kat situ lagi buat apa? Cepat lah masuk." tegur Josh.

Si kembar melihat Josh seketika sebelum mereka mengikuti Josh dari belakang.

Sampai sahaja di dalam, si kembar terkejut melihat orang ramai di ruang tamu dengan hiasan yang sungguh megah seperti ingin mengadakan sesuatu majlis besar besaran.

"Selamat datang Rossie dan Rosse." tegur seorang wanita.

Mereka berdua melihat ke arah wanita tersebut.

"Er. Awak siapa ye?" soal Rosse.

Wanita itu tersenyum.

"Saya Jessica. Isteri kepada Uncle Eric kamu." jawab Jessica.

Rosse tersenyum.

"Wah. Jadi ini lah Isteri Uncle. Cantiknya!" puji Rosse.

Jessica tersengih.

Malu pula di buatnya.

"Terima kasih."

Rossie hanya diam saja sambil melihat gelagat mereka berdua.

"Sudah. Sekarang mama nak kamu berdua ikut Permaisuri Jessica ke bilik kamu berdua. Kejap lagi majlis dah nak mula." sampuk Gabriella apabila melihat Rosse rancak berbual dengan Jessica.

"Dress?" soal Rossie tiba tiba.

Gabriella tersengih.

"Kejap je sayang. Lagipun Dress yang kamu kena pakai tu tak seksi pun. Pakai eh?" pujuk Gabriella.

Rossie membuat muka geramnya.

Jessica pula sudah ketawa kecil melihat sikap Rossie.

"Mama tau kan yang Rossie tak suka."

"Mama tau. Tapi kejap je. Lagipun kamu tak boleh pakai seluar kalau ada majlis dekat sini."

Rossie mengeluh.

"Apa semua ni mama? Rossie tak paham la dengan situasi ni. Majlis apa ni? Kita dekat mana sekarang ni?" soal Rossie geram.

"Mama..."

"Rossie."

Gabriella yang ingin menjawab soalan Rossie terbantut apabila nama Rossie di panggil.

Rossie dengan Rosse memandang ke arah empunya suara.

"Papa pun ada kat sini?" soal Rosse.

Alvin tersenyum.

"Rosse pergi ikut Auntie Jessica tukar baju. Papa nak cakap dengan Rossie berdua. Mama, Raja Hendri nak jumpa." kata Alvin kepada Gabriella dengan Rosse.

Rosse menganggukkan kepalanya lalu mengikuti Jessica. Gabriella juga turut pergi meninggalkan mereka berdua.

"Jom ikut papa." kata Alvin.

Rossie hanya mengikuti ayahnya di belakang tanpa bersuara.

Sampai sahaja di sebuah pondok bunga, Alvin dengan Rossie duduk berhadapan.

Rossie melihat sekelilingnya sambil tersenyum.

"Suka?" soal Alvin kepada anaknya.

"Hm." jawab Rossie sepatah.

terus sahaja senyumnya hilang.

"Kamu tau kenapa papa bawa kamu ke sini?" soal Alvin.

"Kalau Ad tau, Ad dah boleh jawab soalan papa tu." jawab Rossie selamba dengan menggelarkan dirinya Ad.

Dunia fantasi: Twins (slow update)Where stories live. Discover now