Bab 11

2.9K 239 31
                                    

"Ada apa ayahanda panggil Justin?" soal Justin lalu duduk di hadapan Eric.

"Ayahanda ada benda nak cakap dengan kamu."

Eric menghirup kopinya lalu meletakkan cawan kopinya di meja.

"Tentang apa?" soal Justin.

"Tentang kamu dan Emma."

Dahi Justin berkerut.

"Ada yang tak kena ke?"

Eric menggelengkan kepalanya.

"Tak ada lah. Ayahanda cuma nak kamu berikan perhatian lebih untuk adik kamu, Emma."

"Maksud Ayahanda?" soal Justin bingung.

"Begini, Ayahanda nak kamu berehat sementara dari urusan Kerajaan. Ayahanda nak kamu luangkan masa dengan Emma dan diri sendiri. Kamu buat la apa pun yang penting bukan urusan Kerajaan. Ayahanda nak kamu cipta kenangan bersama kawan dan adik kamu." terang Eric.

Justin tidak bersuara.

"Tapi tak bermakna kamu tak akan mengurus kerajaan selamanya. Ayahanda cuma nak kamu rehat buat sementara ni. Itu je. Nanti kamu sambung lah balik uruskan kerajaan bila dah sampai waktunya. " sambungnya.

"Sampai bila?" soal Justin.

"Sampai kamu habis sekolah dan Emma jumpa pasangannya."

"Ayahanda tak kisah ke?"

Eric tersenyum.

"Tak pun. Lagipun kamu masih muda, seharusnya masa muda macam ni la kamu banyak bermain bersama kawan dan adik kamu. Kamu jangan risau, semua masalah yang di hadapi kerajaan, biar ayahanda dan Uncle yang lain uruskan. Kamu tak perlu risau."

Justin diam sejenak.

Kemudian dia menganggukkan kepalanya.

"Kalau macam tu yang ayahanda nak, Justin akan ikut."

Eric tersenyum.

"Bagus, macam ni la anak ayahanda."

Justin tersengih.

*****

"Bryan!"

Bryan yang sedang berlatih bermain pedang bersama Daniel menoleh ke arah empunya suara.

Emma menghampiri Bryan.

"Aku nak join."

"Tak boleh." sampuk Daniel.

Emma memandang Daniel tak puas hati.

"Kau ni dah kenapa? dari haritu lagi cari pasal." kata Emma bengang.

"Bukan cari pasal, Kau sendiri tak ingat ke apa yang kau dah buat? ah.. tak ada, kali ni kau tak boleh main pedang tunggu umur kau 18 tahun." kata Daniel.

"Lama lah! Masa tu aku tak sengaja la. Tak payah lah nak ungkit!"

Kemudian Emma berlalu pergi.

Bryan pula sudah menyentuh kepalanya.

Pening.

"Kau ni pun. Jangan la sampai macam tu sekali." kata Bryan.

"Apa? aku tak buat apa pun." kata Daniel sambil angkat bahunya.

"Dah lah. Nanti sambung balik."

"Eh? Bryan! nak pergi mana?!" jerit Daniel apabila Bryan pergi meninggalkannya.

"Pujuk Emma!" balas Bryan.

*****

Febian menyusun semula buku yang telah di ambilnya tadi. Semasa dia sedang menyusun, dia melihat Ryo datang menghampirinya.

Dunia fantasi: Twins (slow update)Where stories live. Discover now