Harini sudah masuk hari kelima mereka berlatih. Sekarang hanya tinggal tunggu untuk diuji sahaja. Disebabkan si kembar sudah dapat mengawal kuasanya, mereka semua diberikan rehat panjang semasa kelas kuasa.
"Tak sangka dapat rehat panjang. Akhirnya boleh lah aku tidur." kata Daniel sambil meletakkan kepalanya di atas meja makan.
"Kau ni tidur je. Semalam kau tidur pukul berapa huh?" soal Bryan.
"Semalam aku tidur pukul 3 pagi sebab..."
"Game." potong febian.
Daniel buat muka.
Eh mamat ni. Suka sangat potong cakap aku.
Mereka semua menggelengkan kepalanya kecuali Rossie.
"Kesian pula dekat Justin, Karen dengan Vino tak dapat nak rehat lebih." kata Rosse.
"Dieorang memang macam tu Rosse. Dieorang banyak tugas nak kena buat. Lagipun kan dieorang dah tahap Master lepastu tahun ni tahun terakhir dieorang ada dekat sini. Jadi, banyak benda dieorang kena buat." kata Clayrie.
Rosse terangguk angguk mendengar penjelasan Clayrie.
"Eh? abang Ryo mana?" soal Emma.
"Tak payah nak berabang bagai lah Emma. Geli pulak telinga aku." kata Daniel dengan muka menyampahnya.
"Biar lah. Kalau geli boleh tutup telinga tu." kata Emma tak puas hati.
"Baik korang berdua diam sebelum aku baling buku ni kat muka korang." Sampuk Febian.
Mereka berdua terus senyap.
"Ryo kata ada hal kejap. Nanti dia datang lah tu." jawab Bryan.
"Ryo dengan Febian tahap Master kan? kenapa tak busy macam Justin dengan yang lain?" soal Rosse.
"Kiteorang baru umur 18 tahun. Kiteorang akan mula busy bila umur 19 tahun. Di mana Tahun terakhir menjadi pelajar di sekolah ni." jawab Febian.
Rosse hanya meng'oh'saja.
Dalam kalangan mereka hanya Febian dan Ryo saja yang baru menjadi Master selain Justin. Mereka yang lain pula baru tahap Gold.
Rosse merasa tidak sabar ingin tahu cabarannya seperti apa.
Nak jugak lah tau susah dia macam mana sampaikan sukar untuk mendapat Master.
*****
"Ryo!"
Ryo yang sedang berjalan, berhenti. Kemudian memandang ke arah empunya suara.
"Ouh Qiesya. Ada apa?" soal Ryo kepada gadis yang memanggilnya.
Gadis bernama Qiesya itu tersenyum malu.
"Ryo nak ke mana ni?" soal Qiesya.
"Nak pergi kantin."
"Ouhhh. kenapa sejak akhir akhir ni Esya tak nampak Ryo dekat group? Ryo pergi mana?"
"Ada tugas baru dari pengetua. Aku dah tak masuk group tu." jawab Ryo.
Alahai budak ni.
Banyak tanya betul.
"Habis Ryo group mana?"
"Tak ada group. Ada lagi ke yang nak tanya? aku nak kena pergi ni. Kawan aku dah tunggu."
"Kau ni tak pergi latihan kuasa ke?" sambung Ryo.
Qiesya terdiam.
Dia cuba fikir untuk cari alasan.
"Eh, pergi. Cuma.. tadi Esya pergi tandas lepastu nampak Ryo. Tu yang Esya panggil." jawabnya sambil tersengih.
YOU ARE READING
Dunia fantasi: Twins (slow update)
FantasyRossie dan Rosse adalah anak kembar kepada Permaisuri Gabriella dan juga Raja Alvin. Sejak mereka mengetahui asal usulnya, kehidupan sehari mereka berubah menjadi tidak masuk akal. Rosse memiliki kuasa Angel sepenuhnya dari bondanya. Manakala Ross...