Bab 26

1.5K 155 28
                                    

Rossie berjalan masuk sambil melihat keadaan di dalam gua tersebut. Semasa ia berjalan, matanya bergerak melihat ukiran yang ada di setiap batu.

"Nampaknya dah tak ada yang urus gua ni." kata Ryo yang mengikuti Rossie dari belakang.

"Kami tak boleh membersihkannya dengan bentuk seperti ni. Hanya dengan berubah seperti manusia saja baru kami boleh membersihkannya." kata salah satu ghouls.

Langkah Rossie berhenti tepat di depan telaga yang penuh dengan lumut.

Hidungnya ditutup.

"Kau kenapa?" soal Ryo.

Rossie memusingkan badannya menghadap Ryo dan Ghouls tersebut.

"Kau tak bau?"

"Bau? bau apa?"

"Bau busuk."

Ryo menggelengkan kepalanya.

"Aku tak bau busuk pun."

Dahi Rossie berkerut.

Kenapa dia sorang saja yang bau?

"Siapa nama kau?" soal Rossie kepada Ghouls tersebut.

"Aku Viera, ketua makhluk Ghouls."

"Aku ada beberapa soalan nak tanya dekat kau. Tapi bukan dekat sini. Aku tak tahan dengan bau yang keluar dari perigi ni."

"Baiklah, kita bicara di luar gua saja."

Keluar saja dari gua, Rossie menghembus nafas lega.

Boleh mati kalau lama lama dalam tu.

"Jadi, apa yang kau nak tanya?" soal Viera, ketua Ghouls.

"Kenapa puak kau membunuh kampung Zokert?"

"Mereka terpaksa."

"untuk teruskan hidup." sambungnya.

Rossie tersenyum sinis.

"Kalau mereka bunuh disebabkan untuk teruskan hidup, kenapa tak dari dulu je membunuh?"

"Sebab mereka dikurung dalam lubang tersebut."

"Tapi ada yang buka lubang tu kan?"

Viera menganggukkan kepalanya.

"Kenapa lepas lubang tu dibuka puak kau tak membunuh? kenapa baru sekarang?"

"Setahu aku, lubang tu dah terbuka bertahun tahun. Kalau kau kata untuk teruskan hidup, mungkin puak kau dah pupus sekarang sebab tak membunuh bertahun tahun." sambungnya lagi.

Viera tidak menjawab.

Sekali lagi Rossie tersenyum sinis.

"Apa yang kau dah sembunyikan selama ni, Viera?"

"Siapa makhluk tu sebenarnya?" 

"Apa yang kau kata tadi tak masuk akal. Kau ingat, kau boleh tipu aku? kau silap orang."

Viera tersenyum.

Kali ini senyumannya terlihat pasrah.

"Kau betul, semua yang aku kata tadi adalah tipu. Aku memang tak pandai berahsia."

Dahi Rossie berkerut.

Dia baru teringat sesuatu.

"Kau.. budak yang diberi minum oleh penjaga perigi tu kan?" 

Dari mata Viera, Ryo sedar bahawa gadis itu terlihat terkejut dengan pertanyaan Rossie.

"Macam mana kau tahu?"

Dunia fantasi: Twins (slow update)Where stories live. Discover now