Aden dan Gio menunggu Rosse di pintu masuk kerajaan haiwan. Muncul Rosse dari semak samun sambil tersengih.
"Hai." tegurnya.
"Mana bonda kamu?" soal Aden.
"Mama ada dekat Angel's Forest." jawabnya.
"Kau datang sorang?" soal Gio pula.
"Yeah."
"Kuat jugak eh ingatan kau." kata Gio.
Rosse hanya tersengih.
Kemudian mereka bertiga berjalan masuk ke dalam pintu tersebut. Sampai saja di kerajaan haiwan, mereka bertiga duduk di bawah pokok.
"Ada apa Rosse nak jumpa kiteorang berdua?"
"Aden dengan Gio tahu tak tentang Ghouls?"
Mereka berdua memandang Rosse.
"Dari mana Rosse tau nama Ghouls?" soal Aden.
"Ada orang tanya, Dia ingat Rosse tahu tentang Ghouls."
"Ouhh, tak payahlah Rosse layan orang tu."
"Kenapa? Rosse pun nak tau Ghouls tu jugak."
Aden senyap.
"Sampai mana je kau tau tentang Ghouls tu?" soal Gio.
"Hm.. Ghouls tu makhluk mati dan dulu ada sejarah tentang Ghouls tapi hanya ada sampai abad ke 12."
Rosse memandang Aden dengan Gio.
"Kenapa? bahaya sangat ke mereka tu?"
Aden dan Gio tidak menjawab pertanyaan Rosse.
"Nampaknya susah nak dapatkan maklumat tentang Ghouls ni kan? Makin tambah curious pula."
"Rosse, dengar sini. Lebih baik Rosse tak perlu tahu tentang makhluk tu. Rosse lupakan je lah." kata Aden.
Rosse tersenyum.
"Rosse boleh je lupakan makhluk tu. Tapi Rosse tak boleh lupakan orang yang dah mati dibunuh oleh Ghouls. Dah berapa banyak penduduk kampung kena bunuh. Lepastu Aden minta Rosse lupakan?"
"Apa maksud kau ni? Kau jangan nak merepek boleh tak?" marah Gio.
Rosse hanya diam.
"Apa dah jadi sebenarnya ni?" soal Aden.
"Cuba cerita apa yang dah jadi dan kami akan beritahu tentang Ghouls." sambungnya.
"Aden!" marah Gio.
"Ada beberapa kampung sudah dibunuh oleh makhluk ni, dan sekarang giliran kampung Crosville. Salah satu dari penduduk di situ memberitahu bahawa makhluk yang akan menyerang itu adalah sejenis Ghouls."
Gio berdecik.
"Apa bukti dia yang makhluk tu adalah Ghouls?" soal Gio.
"bentuk Ghouls yang hampir sama dengan manusia dan kebanyakkannya membunuh manusia berdarah muda. Paling penting, susah untuk orang lain bezakan Ghouls dengan manusia."
"Susah untuk aku percaya semua ni Aden. Kau tau sendirikan Ghouls macam mana. Kalau betul mereka muncul semula, habis kita." kata Gio.
Aden mengeluh.
"Mari ikut Aden." kata Aden.
"Aden! kau serius ke nak bagitahu budak ni? kita perlu minta izin dekat Gabriella!"
Aden memandang Gio.
"Sekarang bukan lagi generasi Gabriella Gio, tapi dia. Dia lah yang akan ambil alih semuanya. Mungkin cabaran dia adalah Ghouls. Aku yakin dia boleh menghapuskan Ghouls."
YOU ARE READING
Dunia fantasi: Twins (slow update)
FantasíaRossie dan Rosse adalah anak kembar kepada Permaisuri Gabriella dan juga Raja Alvin. Sejak mereka mengetahui asal usulnya, kehidupan sehari mereka berubah menjadi tidak masuk akal. Rosse memiliki kuasa Angel sepenuhnya dari bondanya. Manakala Ross...