Rosse berjalan menuruni anak tangga menuju pintu utama Istana. Semasa dia berjalan, dari jauh dia melihat Qiesya sedang memarahi pengawal di pintu pagar. Pada mulanya ingin pergi ke pondok bunga namun langkahnya bertukar arah menuju ke pagar.
"Ada apa ni?"
Pengawal tersebut memandang Rosse lalu menunduk hormat.
"Saya mendapat perintah dari Raja Hendri bahawa buat sementara waktu ini tidak dibenarkan orang luar masuk ke dalam Istana." jawabnya.
"Tapi aku ni kawan dieorang! Bukannya orang tak kenal pun!" marah Qiesya.
"Boleh bertenang tak Qiesya? Kau tahu adab kan?"
Qiesya merengus geram sambil tangannya silang ke dada.
"Maafkan saya, walaupun dia adalah kawan Princess, saya tetap takkan benarkannya masuk."
"Kamu tak perlu minta maaf. lagipun kamu hanya melakukan tugas yang disuruh."
Rosse memandang Qiesya yang sudah bermasam muka.
"Ada apa urusan kau datang sini?"
"Aku nak jumpa Ryo."
"Ryo tak ada."
"Kau tipu! Kau saja je tak nak bagi aku jumpa dia sebab kau cemburukan?!"
Dahi Rosse berkerut.
"Excuse me? Cemburu? For what? Lagipun memang betul dia tak ada. Buat apa aku nak tipu? "
"Habistu dia pergi mana?"
"Tak tahu tapi dia pergi dengan papa aku." tipunya.
Qiesya berfikir sejenak.
"Ok."
Kemudian berjalan masuk ke dalam kereta.Setelah itu, keretanya meluncur pergi.
"Terima Kasih, Princess Rosse kerana sudah membantu saya."
"Sama sama. Kalau macam tu saya pergi dulu."
Pengawal tersebut mengangguk lalu menunduk hormat lagi sekali. Rosse berjalan menuju ke pondok bunga. Sampai saja di pondok bunga, Rosse melihat Febian sedang duduk santai dibuaian sambil membaca buku.
Rosse mendekatinya.
"Kau buat apa dekat sini?" tegurnya.
Febian memandang gadis di depannya lalu menutup bukunya.
"Saja. Kenapa? tak boleh?"
"Eh tak, boleh je. Cuma... pelik."
"Pelik? apa yang pelik?" Febian bergerak ke kiri memberikan ruang untuk Rosse duduk di sebelahnya.
"Pelik la.. sebab kau baca buku dekat sini." jawabnya lalu duduk di sebelah Febian.
"Kau masih sedih pasal Rossie ke?"
Rosse menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
"Aku tak sedih, cuma marah je. Tapi sekarang dah tak marah sebab aku tahu dia tak ada pilihan lain. Lagipun makhluk tu memang cari Rossie. Jadi tak boleh juga aku nak marah dekat dia."
"Habistu kenapa kau jadi pendiam sampai sekarang?"
Rosse melihat ke langit.
Keluar keluhan dari mulutnya.
"Aku nampak pendiam ke?" soalnya semula.
Febian menganggukkan kepalanya.
"Dulu kau ceria je. Sekarang ni, senyuman yang selalu melekat dekat muka kau hilang. Kau dah macam Rossie pulak."
YOU ARE READING
Dunia fantasi: Twins (slow update)
FantasiaRossie dan Rosse adalah anak kembar kepada Permaisuri Gabriella dan juga Raja Alvin. Sejak mereka mengetahui asal usulnya, kehidupan sehari mereka berubah menjadi tidak masuk akal. Rosse memiliki kuasa Angel sepenuhnya dari bondanya. Manakala Ross...