Mereka kembali sekolah seperti biasa. Semasa dalam perjalanan menuju ke sekolah, suasana di dalam kereta tersebut berubah hening. Hanya Daniel dengan Bryan saja yang berbual berdua. Manakala yang lain hanya bermain telefon masing masing.
Rossie menarik kerusinya. Begnya yang digalas di letakkan di atas meja.
"Korang tak rasa pelik ke?" soal Clayrie.
"Pelik? kenapa? apa yang pelik?" soal Rosse.
"Dalam kereta tadi lah. Senyap semacam je. Emma yang selalu bersuara pun diam."
"Aku pun ada perasan juga. Tapi kalau memang dieorang sengaja diam, sebab apa? ke dieorang tahu yang kita ada masalah?" teka Rosse.
"Eh jangan lah, belum masanya lagi."
"Kau ada tegur Emma?" soal Rossie.
Mereka berdua memandang Rossie.
"Siapa?" soal Rosse.
"Korang berdua."
Mereka diam sejenak.
Kemudian menggelengkan kepalanya perlahan lahan.
"Aku rasa dia terasa hatilah." kata Clayrie perlahan.
Pada masa yang sama Indie memasuki kelas. Kerusi di sebelah Rossie di tarik lalu melabuhkan punggungnya.
"Hai." tegur Indie.
Clayrie dengan Rosse membalas teguran Indie.
"So, apa yang kau dapat?" soal Rossie tanpa membuang masa.
Indie memandang Rossie di sebelahnya.
"Aku tak dapat lagi maklumat tentang kampung tu. Tak ada sorang pun yang pernah dengar nama kampung tersebut." jawab Indie.
"Miguel?"
"Dia pun sama."
"Macam mana ni? kita still tak dapat lagi lokasi kampung tu." kata Clayrie gelisah.
"Aku yakin masih ada yang tahu." kata Rossie perlahan.
Kemudian Qiesya dan Erin menghampiri meja mereka berempat.
"Woah, Erin kau tengok muka dieorang. Tegang semacam kan?" kata Qiesya kepada rakannya.
"Ada buat masalah ke?" soal Qiesya pada mereka, pula.
"Apa kau nak ni? pagi pagi dah menyemak dekat meja orang." kata Clayrie.
"Rileks kiteorang cuma nak bertegur sapa. Jangan la marah."
Clayrie menjeling mereka berdua.
Menyampah!
Bertegur sapa konon.
Padahal nak cari gaduh.
"Dah?" soal Rossie.
"Apa yang dah?" soal Qeisya.
"Dah habis belum bertegur sapa tu?"
Qeisya tersenyum sinis.
Dia mendekatkan dirinya ke telinga Rossie.
"Aku ada surprise untuk si kembar kau, semoga kau suka." katanya lalu menjauh semula dari Rossie.
"shutt.. Jangan bagi tahu dieorang. Rahsia kita berdua. Bye!"
Kemudian Qeisya dengan Erin kembali semula ke mejanya.
"Apa yang dia bisik?" soal Clayrie.
Terlihat sedikit kemarahan di muka Rossie.
YOU ARE READING
Dunia fantasi: Twins (slow update)
خيال (فانتازيا)Rossie dan Rosse adalah anak kembar kepada Permaisuri Gabriella dan juga Raja Alvin. Sejak mereka mengetahui asal usulnya, kehidupan sehari mereka berubah menjadi tidak masuk akal. Rosse memiliki kuasa Angel sepenuhnya dari bondanya. Manakala Ross...