Bab 22

2.8K 213 45
                                    

"Hai, sorry lambat." ucap Rosse lalu melabuhkan punggungnya di sofa.

"Kau dari mana?" soal Clayrie.

"Tadi Febian ajak menunggang kuda, aku pun ikut je la." jawabnya.

"So, kau dapat maklumat?" soal Rossie.

Rosse menganggukkan kepalanya.

"Baguslah." kata Clayrie.

"Korang?" soal Rosse.

Clayrie menggelengkan kepalanya.

"Aku je yang tak dapat. Permaisuri Yasmin tak tau tentang Makhluk Ghouls."

Rosse terangguk angguk.

"So, apa yang kau dapat?" soal Rossie.

"Dulu sebelum adanya manusia istimewa di dunia ni, Ghouls sudah pun wujud bersama Angels dan Fairytale dan masa tu mereka hidup aman dan damai. Namun semuanya berubah setelah ketua Angel yang dulu membuat keputusan ingin manusia yang mempunyai keistimewaan hidup bersama mereka. Ghouls tak bersetuju dengan keputusan ketua Angels dan mereka membantah dengan membunuh semua manusia istimewa yang ada di dunia ni."

"So creepy." kata Clayrie.

"Kenapa mereka tak setuju?" soal Rossie.

"Hm... mereka fikir manusia ni akan membawa masalah nanti sebab tu tak setuju."

"Tak logik." bantah Rossie.

"Apa yang tak logik?" soal Rosse.

"Cuba korang fikir, takkan makhluk Ghouls nak bantah disebabkan tu je? Mesti ada benda yang jadi sampai dieorang fikir macam tu."

Rosse dengan Clayrie hanya berdiam diri.

"Tempat asal Ghouls dekat mana? ataupun tempat dulu mereka tinggal sebelum adanya manusia istimewa." soal Rossie.

"Di sebuah kampung pergunungan yang dulu di gelar kampung Purstin. Tapi sekarang kampung tu dah tak ada. Dah roboh selepas berlakunya pembunuhan tersebut." jawab Rosse.

"Clay, kau pernah dengar kampung tu?" soal Rossie.

Clayrie menggelengkan kepalanya.

"Tak pernah dengar pulak."

"Kita perlu cari keberadaan kampung tu." kata Rossie.

"Sampai situ je kau dapat?" soal Clayrie.

Rosse menganggukkan kepalanya.

"Aku cuma dapat latar belakang dia je."

"Kau pula Rossie? apa maklumat yang kau dapat?" soal Clayrie lagi.

"Tak banyak. Purlbie tak nak bagitau lebih detail. Dia kata pada abad ke 12 tu bagi manusia istimewa adalah abad terburuk bagi mereka dan mereka la yang minta untuk menghapus tentang Ghouls sebagai tanda melupakan."

Mereka berdua terangguk angguk mendengar maklumat dari Rossie.

"Patutlah.. lepastu?" soal Clayrie.

"Dia kata mungkin Ghouls sekarang ni lebih berbahaya dari sebelumnya."

"Oh gosh, kita boleh ke handle semua ni? Dah la kita bertiga je. Aku rasa, kita patut bagitahu bonda korang lah."

"Aku ada fikir jugak, tapi kita kena ada bukti. Lepastu baru kita bagitahu. Buat masa ni cukup kita je dulu yang tau." kata Rosse.

"Aku setuju." kata Rossie.

"Sekarang ni kita perlu cari tau keberadaan kampung Purstin tu je." sambungnya.

"Kalau jumpa, kau nak pergi ke tempat tu ke?" soal Clayrie.

Dunia fantasi: Twins (slow update)Where stories live. Discover now