Bab 3 √

33.9K 2K 189
                                    

KLIA, Malaysia.

"Bye Anna! Jaga diri dekat negara orang tau"

"Nanti jangan lupa kami semua tau Anna"

"Kalau ada apa apa, kau call je kami. InsyaAllah kami akan bantu mana yang boleh"

Gadis-gadis ini berpelukan sesama sendiri. Kawan baik nak pergi jauh kan? Mestilah keluar segala ayat-ayat yang sendu. Biasalah, perempuan mana yang tak pernah berdrama kan?

"Korang janganlah risau. Aku pergi bukannya lama. 2 tahun je pun. Nanti aku cuti ke apa, aku balik Malaysia okay?" Tengku Alanna memeluk kembali rakan-rakannya. Untung dia mempunyai sahabat seperti mereka bertiga. Susah senang bersama.

"Dah lah korang, asyik berpeluk je. Aku dah nak pergi balai perlepasan ni. Tak lama lagi aku nak dah naik flight" Kata Tengku Alanna lagi.

"Bye Anna! We gonna miss you so much!" Balas Izyan kembali.

"Bye semua! Korang jaga diri okay? Aku pergi dulu tau. Doakan aku balik dengan kejayaan hehe" Kata Tengku Alanna sambil kakinya melangkah pergi meninggalkan rakan-rakannya di tengah-tengah bangunan KLIA itu. Tangannya pula turut melambai-lambai kearah ketiga sahabatnya itu. Dia sedih mahu berjauhan dengan rakan-rakannya tetapi demi masa depan, dia akan berkorban.

Qaireen, Izyan dan Afeeya turut membalas lambaian sahabatnya itu dengan senyuman nipis. Mereka mendoakan penerbangan Anna ke negera orang itu sentiasa selamat.

"Okay girls! Jangan sedih-sedih lagi. Jom kita pergi makan dulu before balik?" Ajak Izyan memecah suasana sendu mereka.

"Jom!" Qaireen dan Afeeya membalas serentak.

Izyan pula tergelak kecil. Tadi bukan main sedih, ni ajak pergi makan, terus bersinar-sinar mata masing-masing.

Setelah beberapa minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di satu restoran kegemaran mereka. Biasanya, restoran itulah tempat mereka berempat lepak kalau ada cuti. Sekarang, tinggal mereka bertiga sahaja. Sebab apa? Sebah Tengku Alanna dah pergi sambung belajar ke luar negara.

Ketiga-tiga gadis itu masuk ke dalam restoran itu dengan tenang. Banyak juga mata-mata yang memandang. Siapa je taknak pandang ketiga-tiga gadis itu, sudahlah cantik semuanya. Tetapi bagi mereka, itu adalah pandangan biasa dari mata-mata lelaki yang gatal. Lelaki zaman sekarang memang susah untuk dipercayai.

"Reen, kau cuti sampai bila?" Tanya Afeeya Nadeera selepas mereka selesai membuat pesanan makanan.

"Harini je. Mana boleh cuti lama-lama. Kau tahu la kerja aku macam mana kan? Ramai patient dekat hospital tu" Balas Qaireen Zenia pula.

"Best tak Reen jadi doktor? hehe" Tanya Izyan Imani sambil tersengih-sengih.

"Best tu memang best. Tapi komitmen tinggi jugaklah. Nyawa orang bukan boleh dibuat main kan?"

"Betul-betul." Ujar Izyan Imani sambil menganggukkan kepalanya.

"Korang berdua macam mana kerja jaga kedai bunga tu? Okay tak?" Tanya Qaireen Zenia kepada dua orang sahabatnya itu.

Untuk makluman, Izyan dan Afeeya telah membuka satu kedai bunga berdekatan dengan hospital yang Qaireen kerja. Memang itu minat mereka, jadi tak salah kalau mereka teruskan. Semasa di university juga, mereka mengambil kos perniagaan. Jadi mereka juga sudah biasa dengan persekitaran kerjanya.

"Okay sangat! Makin ramai pelanggan kenal dengan kedai kami. Lagipun kan kami ada juga membuat penghantaran bunga sampai ke rumah. So, agak memudahkan pelanggan juga lah" Balas Afeeya dengan teruja.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now