Pagi yang indah untuk pasangan pengantin yang baru sahaja selesai diijab kabulkan semalam itu.Carl Syafiq dan Izyan Imani.
"Morning wife" Sapa Carl Syafiq apabila melihat isterinya terpisat-pisat bangun dari tidur.
Terbuntang mata Izyan apabila melihat muka Carl Syafiq berada dekat dengannya. Tidak semena-mena, dia menolak Carl Syafiq dengan kuat.
Dush!!
"Aduhh!!" Carl Syafiq menyeringai kerana sakit akibat ditolak kuat oleh Izyan.
Apa lah nasib pagi-pagi ni kena tolak dengan isteri sampai jatuh katil.
Izyan tergamam sambil menutup mulutnya.
Apa aku dah buat ni?!
"Awak! A--awak okay tak tu?" Tanya Izyan gelabah. Dia melihat muka cemberut suaminya.
Tidak membalas, Carl Syafiq hanya menjeling isterinya. Jeling manjahh manjahhh gitu.
Terus Izyan mendekati Carl Syafiq yang berada di atas lantai bilik tidurnya.
"Awak.. Saya minta maaf. Siapa suruh awak duduk dekat dengan saya. Salah awak lah tu sampai saya terkejut lepastu tolak awak sampai jatuh katil ni" Tutur Izyan panjang lebar.
Sempat juga lah dia minta maaf tapi masih menyalahkan Carl Syafiq atas kejadian yang menimpa lelaki itu.
"Apa salah aku pulak? Kau yang tolak aku kan? Aku cuma wish morning dekat wife sendiri je. Salah ke?" Kata Carl Syafiq dengan muka cemberutnya.
Masih lagi panggilan kau-aku tu dia tidak buang. Tunggu la. Mungkin suatu hari nanti?
Izyan sudah menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
Betul juga kan kata suaminya itu?
"Err.. Okay lah okay. Saya salah. Saya minta maaf tau awak." Tutur Izyan serba-salah.
Carl Syafiq mendiamkan diri.
Izyan yang melihat suaminya mendiamkan diri tiba-tiba jadi gelabah. Aduh! Takkan hari kedua dah jadi isteri derhaka kut?
"Awak tak nak maafkan saya ke?" Tanya Izyan perlahan.
Carl Syafiq yang mendengar intonasi suara isterinya yang semakin perlahan itu mendongakkan mukanya untuk memandang.
Ha sudah ni kalau tak maafkan, ada yang menangis pagi-pagi ni kang. Omel Carl Syafiq apabila melihat muka isterinya suka tersebek-sebek.
Carl Syafiq bangun dari duduknya dan terus duduk di atas katil bersebelahan isterinya.
"Aku maafkan. Jangan lah menangis sayang" Hampir sahaja Carl Syafiq tertawa apabila melihat bibir Izyan yang sudah tersebek-sebek nak menangis itu.
Izyan pula mendiamkan diri.
"Sayang..." Panggil Carl Syafiq.
"Hmm" Hanya itu balasan yang Izyan diberikan kepada Carl Syafiq.
"Pandang lah muka aku yang kacak ni. Aku tak marah kau pun" Pujuk Carl Syafiq.
Perlahan-lahan Izyan mengangkat kepalanya memandang ke arah suaminya.
Carl Syafiq tersengih.
"Jangan menangis tau. Pagi dah ni. Nanti ibu cakap aku buli kau pula" Seloroh Carl Syafiq.
Izyan mencebik.
"Saya minta maaf tau. Saya tak sengaja tolak awak tadi" Tutur Izyan ikhlas.
Carl Syafiq menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
Beautiful Broken Rules ✓
Romance"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila b...