Bab 68 √

30.2K 1.4K 891
                                    

Perlahan-lahan Adyan melangkahkan kakinya ke arah Qafeel, Qarizh dan seorang lagi doktor yang berada di situ.

"Encik ni suami puan Qaireen?" Tanya doktor lelaki itu.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Ye, saya suami Qaireen"

"Jom ikut saya ke bilik jenazah. Saya izinkan encik untuk lihat isteri encik buat kali yang terakhir" Terang doktor itu.

Semua yang berada di situ hanya terdiam dan menangis.

Adyan? Sedari tadi dia hanya mendiamkan diri. Air matanya yang mengalir hanya dibiarkan. Kawan-kawannya, anaknya hanya dibiarkan begitu sahaja.

Hatinya sakit.

Hatinya perit.

Sakit dan perit menahan segala rasa yang ada.

Qaireen pergi buat selama-lamanya. Isterinya pergi di saat hari yang cukup bermakna kepadanya.

Selepas sahaja dia mendapat panggilan dari Izyan, dia terus bergegas ke hospital.

Berita yang diberikan membuatkan Adyan terkaku. Perlahan-lahan dirinya rapuh.

"Encik?" Panggil doktor itu lagi apabila Adyan tidak mengikut langkahnya.

Adyan tersedar apabila Qarizh menepuk perlahan bahunya.

"Kau okay? Nak masuk tengok jenazah Qaireen tak?" Tanya Qarizh.

Qarizh dan Qafeel. Abang kepada Qaireen hanya mampu berserah dan menyerahkan segalanya pada ketentuan Allah. Semua itu sudah ditetapkan dan mereka hanya mampu redha.

Sedih? Sudah tentu. Qaireen adiknya. Darah dagingnya. Cinta hati mereka berdua.

Tadi, mereka berdua sudah masuk untuk melihat jenazah Qaireen untuk kali yang terakhir. Sama juga seperti Izyan, Afeeya dan juga kawan-kawan Adyan yang lain.

Cuma Adyan sahaja yang tidak melihat lagi jenazah isterinya.

Dia lemah.

Dia tak kuat.

Segala-galanya yang berlaku terlalu singkat dan pantas.

"Aku okay" Jawab Adyan.

Qafeel menganggukkan kepalanya.

Adyan mengikut langkah doktor lelaki itu untuk masuk ke dalam bilik jenazah.

Pintu bilik jenazah itu dibuka dari dalam oleh salah seorang nurse lelaki.

Sekali lagi Adyan terkaku. Kakinya lemah. Tangannya memegang dinding yang berada disebelah dengan kuat.

Qaireen.

Tubuhnya terbaring kaku.

"Allahuakbar.."

Adyan memegang dadanya yang sesak dengan segala perasaan itu.

Pedih.

"Encik Adyan boleh masuk untuk lihat jenazah isteri encik. Saya dengan yang lain keluar dulu ye?" Pamit doktor lelaki itu. Nurse yang tadi berada di dalam bilik jenazah itu turut memberikan ruang kepada Adyan.

Mereka faham.

Sakit itu.

Sakit kehilangan orang yang kita sayang buat selama-lamanya.

Adyan memandang kejap tubuh kaku Qaireen. Perlahan-lahan, Adyan menguatkan kekuatannya untuk melangkah mendekati tubuh Qaireen yang hanya terbaring kaku itu.

Perlahan-lahan, Adyan membuka kain putih yang menutupi tubuh Qaireen itu.

Sekali lagi, semangatnya hilang apabila melihat wajah Qaireen yang pucat itu. Adyan memaut kepala katil jenazah itu dengan kuat.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now