Keesokan harinya, Qaireen bangun dari tidurnya. Kepalanya masih lagi sakit dan pening tetapi tidak sesakit seperti malam tadi.
"Sayang? Dah bangun?" Tanya Adyan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidur mereka dengan menatang dulang yang berisi makanan.
Qaireen hanya mendiamkan diri. Dia mengalihkan pandangannya dari terus memandang suaminya.
Adyan menghela nafas. Dia meletakkan dulang yang berisi makanan itu.
"Sayang marah abang lagi?" Tanya Adyan perlahan. Dia duduk bertentangan dengan isterinya.
Qaireen hanya menundukkan kepalanya.
"Sayang pergi mandi dulu. Lepastu makan bubur ni. Badan sayang panas lagi ni" Kata Adyan sambil meletakkan belakang tangannya di dahi Qaireen.
Qaireen hanya menurut, dia terus bangun dan mengambil tuala mandinya dah terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
Selepas beberapa minit, dia keluar semula.
"Come sayang. Makan bubur ni" Kata Adyan.
"Saya boleh makan sendiri" Kata Qaireen apabila dia melihat Adyan ingin menyuapkannya.
"It's okay. Biar abang suapkan sayang" Terus dia menyuapkannya isterinya bubur itu.
"Awak pergi mana semalam?" Tanya Qaireen.
Adyan memandang isterinya. Mangkuk bubur tadi diletakkan di atas dulang yang berada di atas meja kecil tepi katil itu.
"Abang pergi rumah Adam. I'm sorry sayang sebab tinggalkan sayang macam tu je semalam..."
"Abang taknak lepaskan marah abang dekat sayang sebab tu abang terus keluar rumah. I'm sorry.." Kata Adyan sambil mencium tangan isterinya yang berada di dalam genggamannya itu.
Qaireen hanya mendiamkan diri tidak membalas apa apa pada suaminya.
"Sayang.. pasal gambar tu--"
"It's okay. Saya dah tak marah dan dah tak fikirkan pun pasal gambar tu" Jawab Qaireen senada.
"No, sayang kena dengar dulu apa yang abang nak cakap."
"Takpe, saya--"
"Please sayang..." Pujuk Adyan lagi. Dia tak nak isteri dia salah faham dan sebab hal itu lah hubungan dia dengan Qaireen jadi macam ni.
Qaireen hanya diam memberikan laluan untuk Adyan meneruskan bicaranya.
"Memang seharian tu abang teman kawan kawan sayang keluar masa dekat Perth hari tu. Tapi Adam ada sekali sayang. Bukan abang sorang je. Gambar tu pula, gambar ramai ramai sebenarnya. Kawan kawan sayang yang ajak bergambar..."
"Tapi.. abang tak tahu pula siapa yang crop gambar abang dengan Afeeya jadikan tu gambar kami berdua dan nampakkan gambar tu mesra and then send dekat sayang. Sumpah sayang, gambar tu gambar ramai-ramai." Terang Adyan dengan jujur.
"Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak keluar dengan kawan-kawan saya?" Tanya Qaireen.
"Sebab abang rasa tu tak penting pun. Abang cuma tunjukkan mana tempat yang diaorang nak pergi je. Takde lain pun" Jawab Adyan.
"Habistu kenapa sampai tak boleh nak call? Text walaupun sepatah?"
Adyan menghela nafas perlahan sebelum menjawab pertanyaan isterinya.
"I'm sorry. Abang silent kan telefon abang masa tu. Masa sayang call pun abang tak perasan sebab telefon abang silent." Jawab Adyan.
![](https://img.wattpad.com/cover/274256510-288-k434386.jpg)
YOU ARE READING
Beautiful Broken Rules ✓
Romance"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila b...