Bab 67 √

27.1K 1.4K 919
                                    

Cahaya dari luar menerobosi ruang gelap ini. Mata terasa payah untuk dibuka. Kepala pula berdenyut-denyut saat ingin membuka mata.

Perlahan-lahan dia mencelikkan matanya. Matanya meliar memerhati sekeliling bilik yang kelihatan usang dan suram.

Atap pula hanya menggunakan zink malah sudah banyak lubang pada atap itu. Patutlah cahaya boleh masuk dalam ruangan gelap ini.

Matanya tertancap pula satu pintu yang terkatup rapat. Keningnya bertaut rapat.

Hairan.

Aku dekat mana? Gumamnya dalam hati.

Dia sangat tidak familiar dengan ruangan ini.

Sangat asing baginya.

Dia mahu menggerakkan tangan dan kakinya yang terasa sengal tapi tak boleh. Dia baru sedar yang dia sedang diikat di sebuah kerusi kayu.

Tangannya diikat di belakang dan kaki pula diikat di kaki kerusi. Sumpah dia terasa kaki dan tangannya berdenyut. Sakit sangat.

Otaknya geligat memikirkan apa yang jadi pada dirinya malam semalam.

"Arghhh!!!" jeritnya bila terimbas kejadian yang menyebabkan dia terperangkap di sini.

"Lelaki gila itu yang bawa aku ke sini. Weyyy setan, kau bawa aku pergi mana huh?" Laungnya memanggil gerangan yang berani menculiknya.

Berkali-kali dia meraung dan meronta untuk meleraikan ikatan di tangan dan kakinya.

Kemudian, rontaanya berhenti serta merta bila pintu itu dibuka dari luar.

"Good morning Alanna sayang... kenapa jerit-jerit ni? Lapar ke huh? Kesian dia. Meh saya ada beli sarapan untuk sayang saya ni." Kata lelaki itu yang sedang memegang satu bungkusan makanan.

"Diamlah kau setan. Tak payah nak bersayang sayang. Aku nak balik lah. Kau.. kau jantan tak guna yang culik aku tu kan." Marah Alanna sekuat hatinya.

Air mata sudah berjujuran keluar membasahi wajahnya.

Dia takut.

Sangat takut.

"Hmmm sampai hati cik Alanna panggil saya setan. Saya ada nama okay. Nama saya Imran. I.M.R.A.N. Senang je nak sebut. Alanna lapar?" Tanya lelaki itu seraya menapak mendekati Alanna.

Dia menyelitkan rambut Alanna yang terjuntai di dahi ke belakang telinga gadis itu. Namun, Alanna memalingkan wajahnya. Dia benci setiap perlakuan lelaki itu.

"Jangan sentuh aku setan. Aku tak nak tangan kotor kau sentuh muka aku. Kotor tau tak!?" Tengkingnya pada lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Aku bukan setan. Aku Imran. And lagi satu tangan aku yang suci bersih ni kau kata kotor ke? Tangan ni lagi elok kalau aku elus muka kau yang cantik ni kan"

"Kau ingat aku kesah ke ? Imran ke bahenol ke babi ke.. kau boleh tak lepaskan aku. Aku jijik la tengok kau ni" Semakin berani Alanna memarahi lelaki itu.

Kesabaran lelaki itu tercabar. Dadanya berombak kasar. Wajahnya terus mendekati wajah Alanna. Tangannya pula terus rentap rambut gadis itu dengan kasar. Alanna mengerang kesakitan disebabkan kulit kepalanya yang terasa pedih.

"Sakit? Hmm. Sorry kau cabar aku. Aku cuma nak baik-baik dengan kau je. Kan dah mendapat. Lepasni jangan melawan aku ya. Nah makan. Aku tak nak kau mati. Kau kena bertahan demi aku" Alanna mencerlung tajam memandang lelaki itu.

"Kau siapa huh? Aku rasa aku tak ada bermusuhan dengan siapa-siapa. Kau nak berapa ? Aku sanggup bayar kau.. tolonglah, lepaskan aku. Aku janji berapa ribu kau nak, aku bayarkan" rayu Alanna dengan sebak.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now