Bab 45 √

17.5K 1K 891
                                    

Hari yang dinanti-nantikan oleh Carl Syafiq dan Izyan. Walaupun hanya majlis pertunangan, tapi bahagianya mereka berdua macam nak kahwin.

Biasalah, kalau tak beria tu bukan Carl Syafiq lah kan?

"Babe! Congrats!" Kata Afeeya, Qaireen dan Alanna serentak apabila selesai sahaja majlis pertunangan itu berjalan.

Izyan tersenyum bahagia.

"Thanks korang. Nasib baik korang bertiga datang tau. Kalau tak mesti aku sedih" Kata Izyan.

Afeeya mencebik.

"Mengada lah kau!" Kata Afeeya.

Qaireen dan Alanna tergelak.

"Mestilah kitaorang datang Izyan. Kau kan sahabat kami" Kata Alanna pula.

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"Betul tu. Kita ni kan dah macam adik beradik" Tutur Qaireen pula.

"Thanks again korang!" Kata Izyan sambil memeluk ketiga-tiga sahabatnya itu.

"Dah lah tu peluk-peluk. Nanti kau kahwin dah peluk lagi" Seloroh Afeeya.

Izyan hanya mencebik ke arah Afeeya. Nak feeling sikit pun tak boleh.

"Nanti kahwin dia dah peluk Carl. Buat apa nak peluk kita lagi" Usik Qaireen.

Alanna dan Afeeya tergelak melihat muka merah Izyan. Tahu malu!

"Dah, jom lah pergi makan dulu. Aku dah lapar dah ni" Kata Afeeya.

Mereka yang lain mengangguk setuju.

"Jom lah"

Terus mereka semua keluar untuk mencari makanan. Agak meriah ye majlis ini walaupun hanya majlis pertunangan.

Semua ini dah tentulah idea Carl Syafiq. Izyan pula hanya ikut sahaja. Kalau tak, merajuk lah tunangnya itu.

Ceh! Semalam bakal tunang. Sekarang tunang dah.

Ahaks!

"Abang.." Tegur Qaireen apabila sampai di meja suami dan sahabat suami duduk.

Memang meja tu, Carl Syafiq suruh sediakan banyak kerusi so sama ada kawan-kawan Adyan atau kawan-kawan Qaireen dapatlah duduk sama-sama.

"Hai sayang.." Balas Adyan sambil menarik kerusi di sebelahnya untuk diberikan kepada Qaireen.

Afeeya, Alanna dan juga Izyan turut duduk di meja yang sama itu.

"Congrats Izyan" Kata Adam dan Dayyan serentak.

"Terima kasih" Jawab Izyan malu malu. Sempat dia mengerling ke arah tunangnya yang terlihat sangat kacak hari ni.

Kacak betul tunang kita hari ni uolsss!

"Korang dah makan belum ni?" Tanya Carl Syafiq.

"Belum" Balas Afeeya.

Lagu sahaja dia menjawab. Tahu lah dia tengah lapar.

"Ha pergi lah makan dulu. " Kata Carl Syafiq.

Mereka hanya menganggukkan kepalanya.

"Sayang nak makan apa? Biar abang ambilkan jelah" Kata Adyan.

"Ehem ehemm.." Dayyan mendehem mendengar perbualan Adyan dan juga Qaireen itu.

Terus Adyan memandang ke arah sahabatnya itu.

"Apahal kau?" Tanya Adyan.

"Tahu lah dah kahwin. Nak sweet sweet pun kat tempat lain lah. Member kau ni single lagi" Cebik Dayyan.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now