Bab 35 √

13.7K 956 108
                                    

Seharian itu Adyan menelefon isteri tetapi masih lagi tidak berjawab. Adyan mendegus kasar. Tak pernah pernah Qaireen buat perangai macam ni.

"Bro, kau okay tak?" Tanya Adam.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Ni kau ada nak pergi mana mana tak? Petang ni dah nak balik Malaysia." Tanya Adam, kebetulan lepas je mereka breakfast mereka lepak di kawasan luar hotel itu.

Alanna dan Afeeya pergi ke tempat yang mereka ingin menghabiskan duit. Iaitu Lakeside Joondalup Shopping City. Mall terbesar di Perth. Memang puas la kalau nak membeli belah di situ. Mereka sebagai lelaki memang tak lah nak teman dua wanita itu bershopping.

"Aku nak pergi Blue Boat House" Kata Adyan.

"Eh bukan semalam dah pergi ke?" Tanya Adam semula.

"Tu semalam, ni hari ni" Jawab Adyan.

Adam hanya mengikut langkah sahabatnya itu. Nak teman Adyan lah kononnya. Padahal dia malas nak duduk dekat hotel tu sorang-sorang. Bosan. Bukannya boleh buat apa apa pun.

Adyan dan Adam mengambil teksi yang sama seperti semalam. Selesai memberitahu arah tujuan, pemandu teksi itu terus memulakan pemanduannya ke Blue Boat House.

2 jam perjalanan dari The Ritz-Carlton hotel ke Blue Boat House akhirnya mereka tiba. Adyan dan Adam terus keluar dari perut kereta.

Mereka berdua pergi ke tempat yang mereka pergi semalam. Adyan dan Adam duduk duduk di atas jambatan itu sambil menikmati lautan yang terbentang luas itu.

Sesekali Adyan mengeluh sambil melihat telefon bimbitnya.

"Kau okay tak Yan? Asal mengeluh?" Tanya Adam apabila dia melihat sahabatnya itu seperti ada masalah.

"Takde apa, isteri aku tak jawab call aku dari malam semalam. Risau lah pula" Balas Adyan jujur.

"Kenapa pula dia tak jawab call? Korang bergaduh ke?" Tanya Adam.

"Takde pun tapi..."

"Tapi?"

Sekali lagi Adyan mengeluh.

"Aku rasa dia marah sebab semalam seharian aku tak call dia. Malam sebelum nak tidur je aku call tu pun dah pukul 11, Reen pun tak jawab panggilan aku" Luah Adyan dengan rasa serba-salahnya.

"Lah kenapa kau tak call dia?"

"Kau tahu la semalam kita sibuk berjalan kesitu kesini, mana aku sempat nak tengok telefon"

"Itu bukan alasan Adyan.."

"Aku tahu.. sebab tu aku rasa serba-salah ni dekat isteri aku. Lagi pun Reen kalau marah takpenah buat perangai macam ni. Tak jawab call aku. Tapi kali ni memang dia betul-betul marah la ni sampaikan call aku dia tak jawab"

Adam menepuk dahu sahabatnya itu.

"Takpelah, petang ni kan dah nak balik. Malam ni dia jemput kau dekat airport kan? So kau pujuk lah dia nanti" Balas Adam.

Adyan hanya mendiamkan diri sahaja. Sesekali matanya memandang skrin telefon yang kosong itu. Mana tahu Qaireen ada call atau mesej dia semula ke.

*****

Lakeside Joondalup Shopping City.

"Feeya! Banyaknya kita habiskan duit dekat sini" Kata Alanna sambil tergelak-gelak.

Kiri kanan tangan mereka penuh dengan beg plastik. Ni memang shopping habis-habisan ni.

"Aku belikan untuk Reen dengan Izyan sekali" Kata Afeeya sambil menunjukkan dua beg plastik khas untuk dua orang sahabatnya yang berada di Malaysia itu.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now