Bab 61 √

21.2K 1.3K 390
                                    

Keesokan harinya, Qaireen seperti biasa datang ke hospital. Dia masih belum mula bekerja tetapi dia tetap nak menjaga Adyan.

Doktor Asyraf dan senior dia, doktor Adam hanya membiarkan.

Biarlah. Mesti Qaireen sendiri nak rasa perasaan menjaga dan merawat orang yang dia sayang dengan dirinya sendiri kan?

Anaknya ditinggalkan dengan Qafeel dan juga Qarizh. Terpaksa lah mereka berdua itu mengambil cuti untuk menjaga puteri kecil Qaireen dan Adyan itu.

"Assalamualaikum doktor Qaireen" Sapa Hazel.

Qaireen tersenyum.

"Waalaikumsalam. Lama saya tak jumpa awak, Hazel" Balas Qaireen pula.

"Itu lah tu. Doktor sihat? Tahniah untuk baby girl doktor haritu. Tak sempat saya nak datang melawat doktor masa doktor warded haritu" Kata Hazel kesal.

"Nahh it's okay Hazel. Saya tak kisah pun. Alhamdulillah. Saya sihat, baby pun sihat" Tutur Qaireen.

Hazel menganggukkan kepalanya.

"Alhamdulillah.. Nanti ada masa saya dengan yang lain datang jenguk anak doktor ye"

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"Datanglah. Saya tunggu."

Hazel tersenyum.

"Okay lah Hazel, saya nak masuk bilik saya dulu" Pamit Qaireen.

Hazel mengangguk dan hanya memerhatikan sahaja Qaireen melangkah masuk ke dalam biliknya.

Setibanya di bilik, Qaireen mencari fail yang diberikan oleh doktor Asyraf semalam. Sebelum balik semalam, Qaireen terserempak dengan doktor Asyraf dan terus doktor Asyraf menghulurkan fail pesakit.

Fail Adyan yang lebih tepatnya. Qaireen sendiri menyerahkan diri untuk menjaga Adyan. Jadi, doktor Asyraf tidak ada sebab untuk masuk campur. Cuma kalau Qaireen perlukan bantuan, barulah dia akan menolong.

"Jumpa pun!" Kata Qaireen apabila dia menjumpai fail yang dia kehendaki.

Fail itu dibelek-belek sebentar. Tidak lama selepas itu, dia terus keluar dari biliknya dan melangkah ke ward ICU yang menempatkan Adyan.

Pintu ward ICU itu dibuka. Dia terus masuk ke dalam ward tersebut.

Hazel, turut berada sekali di dalam ward itu kerana tadi Qaireen mengajaknya juga.

"Assalamualaikum Adyan.." Sapa Qaireen apabila dia melihat sahaja sekujur tubuh itu diam kaku di atas katil.

Qaireen datang mendekati Adyan yang masih tidak sedarkan diri. Luka luka kecil di bahagian muka Adyan tidak langsung mencacat-celakan muka kacak lelaki itu.

Masih sama tetapi sedikit pucat.

Qaireen terus memeriksa keadaan Adyan pada pagi itu.

"Semuanya baik. Blood pressure dia pun okay. insyaAllah tak lama lagi Adyan akan sedarkan diri" Kata Qaireen.

Hazel yang mendengar itu terus menulis apa yang diberitahu oleh Qaireen di dalam fail pesakit. Itu adalah bukti turun naik kesihatan pesakit.

Setelah selesai memeriksa, Hazel meminta diri untuk keluar dari ward itu. Dia tahu, Qaireen memerlukan masa.

"Doktor, saya keluar dulu eh?" Pamit Hazel.

Qaireen menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Terima kasih bantu saya Hazel" Kata Qaireen.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now