Bab 60 √

22.8K 1.2K 219
                                    

Sabar semua. belum sampai ke ending lagi 🤣😝









Jam menunjukkan pukul 6 petang. Qaireen yang sedang leka memandikan anaknya itu tersentak apabila pintu bilik air yang berada di dalam bilik tidurnya dirempuh kasar oleh Qafeel dan juga Qarizh.

"Reen!" Sapa Qafeel termengah-mengah. Mana tak mengah, naik tangga tingkat dua sambil berlari nak panggil Qaireen punya pasal.

"Along? Angah? Kenapa ni?" Tanya Qaireen pula. Tangannya masih lagi lincah memegang puteri kecilnya itu.

"Reen.. Adyan.. Adyan.."

"Kenapa dengan Adyan?" Tanya Qaireen. Tiba-tiba jantungnya berdetak laju.

"Adyan accident Reen. Masa on the way balik dari rumah kita tadi dia accident!" Beritahu Qarizh apabila dia melihat abangnya tak mampu untuk menyampaikan berita itu kepada Qaireen.

Qaireen tersentak. Dia menutup mulutnya. Makin kencang degupan jantungnya.

"Allahuakbar.."

"Ha-habis tu.. Adyan macam mana sekarang? Teruk ke?" Tanya Qaireen pula. Sedaya upaya dia menahan dirinya dari mengeluarkan air mata.

Qafeel dan Qarizh menganggukkan kepalanya.

"Teruk juga. Dia baru sahaja dihantar ke hospital tempat Reen bekerja tu--"

Belum sempat Qafeel meneruskan ayatnya, Qaireen terus bangun sambil menggendong puteri kecilnya dan terus dia keluar dari bilik air.

Qaireen meletakkan tubuh kecil itu di atas katil. Tangannya lincah memakaikan baju untuk puterinya itu dan terus memakaikan kain untuk membedung tubuh kecil Aiyana. Setelah selesai dia memandang ke arah abang-abangnya.

"Along boleh tolong hantarkan Reen ke hospital?" Tanya Qaireen dengan segera.

"Reen nak buat apa pergi sana?" Tanya Qafeel pula.

"Reen nak tengok Adyan. In case kalau Adyan kena bedah, Reen nak buat operation tu sendiri untuk Adyan. Please along.." Kata Qaireen sebak.

"Tapi kan Reen belum habis pantang lagi. Kalau--"

"Please along. Kali ni je Reen merayu. Tolong hantarkan Reen ke hospital please. Reen-- Reen tak nak apa-apa jadi dekat Adyan. Aiyana masih perlukan daddy dia. Please along.." Tutur Qaireen. Air mata yang ditahan tadi mengalir laju di pipi merahnya.

Qafeel dan Qarizh terkedu melihat adiknya menangis.

"Tapi Reen tak sihat lagi ka--"

"Along, hantar je Reen dekat hospital. Aku tahu Reen pandai jaga diri dan kesihatan dia. Please along.. Buat semua untuk mereka bertiga.." Pujuk Qarizh pula.

Mereka bertiga yang dimaksudkan oleh Qarizh itu ialah Adyan, Qaireen dan puteri kecil mereka, Aiyana Hadiya.

Mendengar kata-kata Qarizh, Qafeel menganggukkan kepalanya.

"Jom, along hantarkan Reen pergi hospital" Kata Qafeel.

Qaireen menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Air mata yang mengalir di seka dengan laju.

"Terima kasih along, angah!"

Abang-abang Qaireen tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Reen pergi je, jangan risaukan Aiyana. Biar angah jagakan Aiyana dekat rumah. Okay?" Kata Qarizh kepada adiknya itu.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now