Bab 31 √

13K 942 155
                                    

Malam ini, Adyan sampai di rumah pada pukul 9 malam. Penat kerjanya masih belum hilang lagi. Turun je flight tadi, terus dia bergegas balik ke rumah. Rindu bini lah katakan.

"Assalamualaikum..." Laung Adyan.

"Waalaikumsalam. Abang!" Panggil Qaireen. Laju sahaja dia meluru ke arah suaminya dan terus memeluk erat Adyan.

"Hai baby.." Terus dia membalas pelukan sang isterinya itu. Dia mencium ubun-ubun isterinya berulang kami. Haih rindu betul dengan isteri comelnya itu.

"I miss you abang.." Gumam Qaireen di dada suaminya.

Adyan tersenyum.

"I miss you too sayang." Balas Adyan.

"Jom abang masuk bilik lepastu--"

"Uish sayang, sabar la dulu. Apa gelojoh sangat ni" Cantas Adyan.

Qaireen mengecilkan matanya. Dia memandang tajam suaminya sebelum melepaskan satu cubitan pada perut suaminya itu.

"Aww sayang! Sakit!" Terus Adyan menahan tangan isterinya itu dari terus mencubit.

"Siapa suruh fikir bukan bukan? Reen suruh abang masuk bilik sebab nak suruh abang mandi lepastu rest je. Bukannya apa pun" Jeling Qaireen.

Adyan tersengih.

"Alah sayang.. Abang gurau je. Takmo marah-marah okay. Kata rindu abang tadi.."

Terus Qaireen memuncung.

"Hmm rindu abang.." Gumam Qaireen perlahan.

"Okay kalau rindu... Jom teman abang mandi" Terus dicempung tubuh kecil isterinya itu.

"Arghh abanggg!!" Qaireen menjerit minta diturunkan tetapi Adyan buat-buat tidak dengar je.

Akhirnya Qaireen pasrah. Dah lah dia baru jee mandi tadi. Dah basah semula apabila dengan selamba Adyan mencampakkan dirinya di dalam tub mandi.

*****

Hari ini, Izyan, Afeeya dan Alanna keluar bersama-sama. Dah ajak Qaireen tapi Qaireen busy pula. Takpelah lain kali hehe.

"So.. Nak pergi mana ni? Tanya Alanna apabila dia sampai di hadapan rumah Izyan dan juga Afeeya. Naik kereta Alanna la hari ni. jimat duit minyak.

"Makan dulu lah. Lepastu baru lepak mana-mana" Cadang Izyan.

"Alright. Jom gerak sekarang"

Alanna Sofia terus memandu ke arah destinasi mereka yang pertama iaitu restoran makanan.

Four fingers!

Sengaja Alanna membawa Afeeya ke restoran itu, maklumlah hari tu kan tak jadi nak pergi.

Selesai membuat pesanan, mereka berbual-bual.

"So bila flight kau lagi Anna?" Tanya Izyan.

"Next week. Kenapa?" Tanya Alanna.

"Next week kau fly ke mana pula?" Tanya Afeeya pula.

"Australia tak silap.."

"Wehh! Serious lah Australia?!" Tanya Afeeya teruja.

"Ye. Betullah. Kenapa ni?" Tanya Alanna pelik.

"Afeeya pun nak bercuti dekat Australia next week. Tu sebab dia ajak kita lepak hari ni. dia nak bagitahu benda tu la" Tutur Izyan pula.

"Seriously Afeeya? kau nak pergi sorang je ke?" Tanya Alanna.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now