Bab 50 √

27.8K 1.4K 484
                                    

4 bulan kemudian...

Qaireen menggeliat kecil setelah sampai di rumah papa dan mamanya. Dia baru saja balik dari hospital untuk lapor diri tentang cutinya.

Sebab sebelum ini dia terlalu sibuk dengan urusan mahkamah tentang penceraiannya dengan Adyan.

Kini empat bulan sudah berlalu, selepas urusan penceraian selesai, Qaireen dan Adyan tidak pernah berjumpa mahupun terserempak.

Adyan dengan hidupnya sama juga seperti Qaireen. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Cuma dalam tempoh itu, banyak perubahan yang Qaireen lakukan demi dirinya. Dia tidak mahu terikat dengan kisah silam. Dia dah ada kehidupan baru dan dia ada insan baru hadir dalam hidupnya.

Insan itu hadir selepas dua minggu dia diceraikan. Insan kecil yang hidup dalam dirinya. Satu-satunya penguat Qaireen untuk teruskan hidup.

Malaikat kecil buat Qaireen Zenia.

Selain itu juga, Qaireen juga sudah mula bertudung. Sejak hal penceraiannya selesai, sejak itulah dia membuat keputusan untuk berhijab.

Dan sekarang, dia rasa lebih tenang.

Qaireen menyandarkan badannya di kerusi kereta. Rasa malas pula nak masuk rumah.

Tok..tok..

Tingkap kereta diketuk dari luar. Qaireen menoleh ke arah tingkap, kelihatan Qafeel sedang tersengih memandangnya dari luar.

Qaireen menurunkan tingkap kereta, kemudian memandang abangnya dengan malas.

"Adik.. kau pergi masuk sana. Dah tahu penat tak payah nak buat-buat tidur dalam kereta. Mengada je tau" Bebel Qafeel dari luar kereta menjenguk adiknya yang kelihatan lesu.

"Eeee sabarlah kejap. Reen nak nikmati saat-saat akhir bersama kereta kuda angah ni. Nanti Reen turun. Along ni tak sudah membebel macam mak nenek" ucap Qaireen dengan wajah masam mencuka. Qafeel menggeleng perlahan, penat dengan perangai degil adiknya yang seorang itu.

Qarizh pula menyampuk dalam perbualan Qaireen dengan Qafeel. Sengaja dia tukar topik. Malas nak dengar dua orang ni bertekak.

"Kau bawa balik barang apa ni dik? Banyak betul." Tanya Qarizh seraya membuka pintu kereta belakang.

"Itu barang yang Reen ambil dari hospital. Memandangkan Reen tak boleh kerja sebab masih dalam iddah, Reen bawa lah balik barang-barang tu semua." Terang Qaireen pada along angahnya.

Qafeel dan Qarizh mengangguk faham. Baru saja Qaireen berura-ura nak tutup tingkap balik, dia ditegur Qafeel.

"Masuk dalam tidur. Jangan duduk dalam kereta lama-lama tak elok. Lagipun kau membazir minyak kereta je, bukan kau bayar pun."

Qaireen mendengus geram. Qafeel memang tak boleh tengok adik dia senang sekejap.

Qaireen matikan enjin kereta dan terus keluar. Pintu kereta ditutup kasar.

Bam!!

"Hoii!! Kesian baby kuda aku. Aku jaga elok-elok tau kereta ini. Suka-suka je kau hempas pintu. Kurang asam punya adik! Dahlah pinjam kereta aku." Marah Qarizh pada Qaireen.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now