Bab 10 √

28.6K 1.4K 524
                                    

Cappadocia, Turkey.

"Qaireen Zenia..." sapa Adyan lembut di tepi telinga Qaireen.

Isterinya masih lena tidur. Tak sedar agaknya pagi pagi ni kena bangun awal sebab nak pergi tempat yang dia nak tu.

Qaireen menutup seluruh badannya dengan selimut. Adyan gelengkan kepalanya. Dia masih menyebut nama Qaireen untuk dikejutkan.

Namun, Qaireen masih tidak berganjak dari tidurnya walaupun Adyan sudah berkali kali memanggilnya. Tanpa apa apa persetujuan, Adyan terus mencempung tubuh badan Qaireen dan letak dalam tab mandi. Air shower dibuka tanpa membuka water heater.

"Aarghh.. mama adik lemas!!" Jerit Qaireen sambil menggapai tangannya. Dia kemudiannya terdengar tawa kecil dari seseorang.

Qaireen mengerdipkan matanya berkali kali. Dia menyeka air yang membasahi mukanya. Bulat mata dia bila lihat Adyan yang galak mentertawakannya.

"Apa awak buat ni Adyan!?" Qaireen mendengus geram. Dia mengetap gigi menahan gigil dari air sejuk yang mencengkam dirinya. Siapa tak geram, tengah tidur tiba tiba kena siram air? Sejuk pula tu.

"Hahaha untuk kejutkan kau lah, apa lagi. Siapa suruh liat sangat nak bangun? So, kau mandi cepat. Kejap lagi van tu sampai. Lambat tinggal."

"Aku tunggu luar sebab aku dah bersiap awal dari kau." Adyan terus keluar dan menutup pintu bilik air.

Qaireen terus bersiap siap sambil merungut. Hilang mood dia dengan cara Adyan kejut tadi.

Selepas masing-masing menyiapkan diri, mereka terus memboloskan van yang menjemput mereka untuk pergi hot air balloon. Memang van dari syarikat itu akan menjemput customer mereka dari hotel dan membawa mereka ke tempat berkumpul.

Semasa dalam perjalanan, Qaireen hanya memalingkan tubuhnya dari menghadap Adyan. Marahnya belum hilang lagi. Adyan hanya memandang Qaireen dari ekor matanya.

Marah pun memang comel eh. Omel Adyan sambil tersenyum dalam diam.

Sampai saja mereka di tempat berkumpul, mereka diarahkan untuk solat subuh di situ dan sarapan ringan juga akan dibekalkan. Selepas mendengar penjelasan dari tourist guide, Qaireen terus melangkah meninggalkan Adyan di belakangnya.

"Flower wait--" panggil Adyan namun isterinya sudah pergi meninggalkan dia dahulu.

Tak apa tak apa. Kejap lagi hilang lah marah dia tu. Gumam Adyan menyabarkan dirinya. Salah dia juga lah kan kejut isteri macam tu?

Seusai semua itu, mereka berkumpul sambil menikmati sarapan ringkas. Qaireen duduk sambil makan roti dan air kotak. Dia langsung tidak menghiraukan Adyan di sebelahnya.

"Ehemmm." Adyan berdehem sengaja memancing perhatian Qaireen.

Namun, Qaireen balasnya dengan jelingan. Amboi marah lagi nampak.

"Are you still mad at me, flower?" ujar Adyan dengan lembut dan mengukir senyuman senget. Matanya sengaja diredupkan memandang tepat anak mata Qaireen.

Qaireen buat buat tidak nampak dan terus makan dan makan. Mukanya sudah terasa bahang bila Adyan asyik memandangnya.

"Kenapa tak jawab soalan aku? Malu malu pula dia." Usik Adyan sambil mencuit pucuk hidung Qaireen.

Qaireen menepis tangan Adyan dan menjelingnya. Fikir sweet ke huh buat macam tu? Omel Qaireen.

Tak lama itu, ada seseorang datang mendekati mereka.

"Mr and Mrs Adyan Hayder. It's your turn now" ucap lelaki itu. Lelaki itu merupakan orang yang akan kendalikan belon udara panas yang mereka bakal naiki.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now