Bab 62 √

22.2K 1.3K 631
                                    

Telefon diletakkan kembali di meja tepi katilnya. Sudah bosan bermain telefon. Bosan sangat bila dia hanya bersendirian di dalam wardnya.

Kejap-kejap matanya memandang tingkap, pintu. Kut kut lah ada orang datang melawat dia ke? Qaireen jenguk dia ke? Ha tak adalah bosan sangat nanti.

Disebabkan kebosanan yang melanda, dia terus mengambil buah yang diberi oleh rakan-rakannya semalam. Nampak sedap semua buah-buahan itu, lebih-lebih lagi buah oren itu. Sungguh mengecurkan air liur kalau dapat makan.

Adyan menelan air liurnya bila bayangkan rasa manis buah oren itu. Dia capai buah oren tapi jenis oren yang kena potong dahulu baru boleh makan. Dia mengeluh perlahan.

Tangan kanannya yang masih berbalut itu dipandang.

"Kau lupa ke tangan kau sebelah ni patah Adyan? Nak minta tolong tapi tak ada siapa sekarang ni--"

Pintu ward Adyan terus dibuka dari luar. Terpampang figura tinggi lampai itu di hadapannya. Dia memandang Adyan dengan senyuman manis.

"Hi sayang.." sapanya pada Adyan.

Terkedu Adyan dibuatnya dan terus dia jeling tajam gadis miang itu.

"Kau buat datang sini Alanna? Aku benci tengok kau tahu tak."

Alanna mendekati Adyan dan sengaja dia duduk di birai katil lelaki itu. Kepalanya disengetkan sambil tersenyum manis.

"Mestilah saya nak tengok awak sayang. Awak kan sakit so saya kenalah jaga awak. Tak begitu my dear?" Ujarnya dengan nada gediknya. Jarinya sengaja dilarikan pada dada bidang Adyan.

Adyan mendengus marah dan dia menepis kasar tangan Alanna darinya. Matanya menjeling tajam Alanna tanda tak senang kehadiran wanita itu.

"Please keluar Alanna. Aku tak suka kau datang sini. Pergilah, aku nak rehat" baru saja Adyan mahu membaringkan dirinya, bahunya ditarik Alanna.

Gadis itu tersenyum lebar sambil mengusap rambut Adyan.

"Kesian awak sakit. Nak potong buah pun tak boleh. So, listen to me Adyan.. you look so pathetic without me, please kembali pada saya semula okay. Nanti tak adalah nampak awak ni macam kesian sangat"

Bengang pula Adyan bila perempuan itu memprovoknya. Lengan Alanna ditolak menjauh dari memegang bahunya tapi tak berganjak pula perempuan itu.

Lagi dia suka Adyan memberontak macam tu. Tanpa dia sedari, perbuatannya diperhati dari tadi. Setiap perbualan itu didengarinya tanpa dia mencelah. Sengaja nak tengok dua insan yang sedang buat drama tak berbayar.

Mana tak sedarnya, masuk-masuk pun Alanna dengan Adyan tengah bertekak. Orang datang masuk pun tak sedar lagi.

"Oh really? Aku rasa kau nampak lagi pathetic Alanna, sebab kau menagih cinta pada yang tak pasti. Dah terang terang dia tolak kau, dasar otak udang. Lembab!" perli Qaireen sedas pada Alanna.

Dia menyilangkan tangannya sambil memandang Alanna yang membelakanginya.

Adyan tersentak memandang Qaireen yang memandangnya. Bibirnya mahu mengatakan sesuatu tapi tak mampu nak luahkan bila lihat wajah Qaireen yang bengis.

"Reen..." ujar Adyan perlahan.

Matanya kini hanya tertumpu pada Qaireen, maka terabailah Alanna bagaikan hantu di sebelahnya.

Memang dari tadi, dia tak suka Alanna datang mengacaunya. Sibuk aja!

"Ehh hello my bestfriend. How are you? Sihat? Kanser kau tu tak makan diri kau ke? Bukan apa, penyakit macam tu kan boleh bawa kau masuk kubur. Aku sebagai kawan yang baik sangat risaukan pasal kau tau Qaireen." Ujarnya seolah-olah memerli Qaireen.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now