Bab 8 √

32.9K 1.6K 242
                                    

Pagi ini pengantin baru ini akan bertolak balik dari hotel. Ahli keluarga mereka juga masih berada di hotel. Hari ini merupakan hari terakhir mereka berada di hotel.

"Zenia, my flower? Dah siap ke?" Tanya Adyan Hayder yang sedang bersandar di dinding sambil menyilangkan tangannya. Matanya tidak berkalih dari memandang sang isteri bersiap. Perempuan biasalah bersiap memang lama.

"Haaa.. sekejap eh awak. Saya nak ikat rambut lepastu dah siap." Baru saja dia mahu mengikat rambutnya, Adyan menegah perbuatannya.

"No need to tie your hair flower.. lepaskan je rambut kau. Aku lagi suka macam tu.. Dah jomlah turun. Mereka semua mesti dah tunggu kita dekat lobi." Kata Adyan dengan lembut sambil menarik keluar bagasi beroda mereka.

Qaireen pula terkebil kebil lepas dengar kata kata Adyan. Aku tak salah dengarkan? Dia suka aku lepaskan rambut? Oh Qaireen kau mungkin salah dengar. Jangan perasan.

Qaireen terus menuruti langkah Adyan ke lif untuk turun. Dalam lif mereka berdua senyap sampai lah mereka turun di lobi.

"Amboi pengantin baru ni. Lambat betul eh dia turun. Biasalah nak lovey dovey dulu" usik Qafeel Ziyad abang sulung Qaireen.

"Ish abang ni kan--" baru saja dia mahu menampar abangnya. Mamanya sudah tegur.

"Aipp Qaireen. Dah jadi isteri orang pun nak bergaduh lagi ke? Tak malu ke dekat Adyan?" Qaireen tertunduk malu lalu dia menjeling tajam abangnya. Qafeel pula tersengih jahat melihat adiknya ditegur.

"Tak apa ma. Yan okay je dengan perangai isteri yan. Comel apa. Kan my flower" Adyan mencubit lembut kedua dua belah pipi Qaireen.

Membuntang mata Qaireen bila Adyan buat dia begitu. Mukanya memerah menahan malu dan usikan dari ahli keluarga. Haishh sabar jelah.

"Umi.. walid.. mama .. papa.. Adyan nak bagitahu ni. Lepas ni, Adyan bawa Qaireen balik rumah kami sendiri nanti. Boleh kan?" Tanya Adyan sambil melihat wajah ibu bapanya dan mertuanya.

Mereka semua senyum dan mengangguk setuju.

"Qaireen kan hak Adyan. Bawa jela dia ke mana mana. Dia tanggungjawab Yan sekarang. Papa dah serahkannya pada kamu. Jaga Qaireen elok elok ya. Papa berharap dekat kamu ni jaga anak gadis papa sorang ni" kata Encik Hamidi sambil menepuk lembut bahu Adyan.

"In sha Allah pa. Yan akan jaga Qaireen macam Yan jaga nyawa sendiri."

"Eh Adyan. Umi baru teringat. Bila masa kamu beli rumah tu? Setahu umi kamu tu selalu balik rumah umi tak ada pula kamu kata balik rumah sendiri." Tanya Tengku Dariah.

"Lama dah Yan beli. Sebelum kahwin lagi Yan dah prepare. Umi jangan risau okay. Rumah Yan sekarang ni dah jadi rumah Qaireen juga. Rumah kami berdua." Ujar Adyan sambil tersenyum nipis.

Qaireen memandang wajah suaminya yang tenang. Satu yang dia suka tentang sikap Adyan Hayder ni seorang yang calm but cold. Dalam tenang ada dingin dia. Aik Qaireen? Dah jatuh cinta dengan suami sendiri ke? Qaireen menggelengkan kepalanya. Tapi tak apalah dah halalan toyyibann kann!!

"Ha kalau macam tu, eloklah kita semua bergerak pulang. Papa ada kerja kejap lagi. Qaireen kamu jaga diri ya. Apa apa call papa. Walaupun anak papa dah ada suami, Qaireen boleh je call papa minta tolong cause you are my one and only daughter." Kata papanya.

"Ingat pesan papa tu sayang. Mama pun sentiasa ada dengan Reen. Jangan sedih sedih okay. Love you" ujar Puan Nadirah sambil mencium dahi Qaireen.

Qaireen terus memeluk mama dan papanya. Dia menangis dalam pelukan kedua orang tuanya. Sedihnyaaaa.

Cengeng juga si Qaireen ni. Adyan tersenyum nipis melihat wajah Qaireen yang sudah basah dengan air mata.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now