Bab 11 √

20.7K 1.2K 123
                                    

Sudah hampir 3 hari pasangan suami isteri ini berbulan madu di Turkey. Hari ini ialah second last day honeymoon mereka berdua. Banyak kenangan yang telah mereka lakarkan.

Berkaitan dengan anak? Itu mereka masih belum memikirkannya. Biarlah mereka berdua yakin dengan perasaan masing-masing dahulu. Mereka taknak terburu-buru, risau suatu hari nanti, apa yang mereka rancang, tidak akan berjalan seperti biasa.

Hari ini, Adyan Hayder mengajak isterinya itu ke satu tempat. Esok dah nak pulang ke Malaysia. Jadi, hari ini, mereka akan berjalan sepuas-puasnya.

Alaturca Taner.

Syurga membeli belah untuk para wanita.

Harini, masa mereka habis di turkish bazaar ini sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Harini, masa mereka habis di turkish bazaar ini sahaja. Membeli belah sambil menghabiskan duit suami gituu.

Bukan Qaireen yang minta okay? Dia pun ada duit, tapi Adyan yang offer. Takkan dia nak tolak pula kan? Hehehe

"Flower, kita belikan family kita sekali eh. Kau pilih je apa apa yang sesuai, aku okay je" Kata Adyan kepada isterinya itu.

Tangan Qaireen elok berada di dalam genggaman suaminya itu. Ramai orang, jadi Adyan risau kalau dia terlepas pandang isteri cantik dia ni. Kang naya je Qaireen hilang.

"Okay. Kita pilih sama-sama lah. Boleh cari hadiah untuk kita berdua sekali" Jawab Qaireen tersengih-sengih.

Sambil menyelam, minum air.

Adyan menganggukkan kepalanya. Anything for my wife. Omel Adyan dalam hati.

Selama beberapa jam mereka menjelajah tempat itu, akhirnya semua hadiah atau barangan yang dibeli sudah penuh di tangan suami isteri itu. Bukan selalu datang kan? So, takpelah. Beli banyak sikit.

"Dah habis dah? ada nak beli apa-apa lagi tak?" Tanya Adyan Hayder.

Qaireen terus menggelengkan kepalanya.

"Takde.. saya penat. Nak balik. Jom balik bilik please." Qaireen melentokkan kepalanya di lengan suaminya. Penat juga eh menghabiskan duit suami ni?

"Come. Jom balik." Adyan menarik tangan isterinya.

Dengan menaiki kereta yang disewa, akhirnya mereka tiba di hotel yang mereka duduki.

"Rehat, flower. Malam nanti kita kemas barang sama-sama. Esok dah nak balik Malaysia dah." Tutur Adyan perlahan sambil melihat Qaireen yang sudah terbaring di atas katil mereka.

"Okay awak!"

*****

Keesokan harinya,

Kayseri Erkilet Airport, Turkey.

"Are you okay, flower?" Tanya Adyan Hayder yang berada di sebelah isterinya itu. Ternaik keningnya apabila melihat senyuman di bibir isterinya itu dari tadi.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now