Bab 40 √

17.4K 1K 455
                                    

Beberapa hari berlalu sejak kejadian itu berlaku. Dan beberapa hari itu juga lah Adyan dan Qaireen tidak bertegur sapa. Bercakap pun bila perlu sahaja. Sekarang, nampak sangat masing-masing kalah dengan ego.

Malam ini, Adyan akan mula berkerja. Flight yang dia akan handle akan berlepas pada malam ini.

"Malam ni abang ada flight. Jam 9 malam" Kata Adyan apabila dia melihat Qaireen sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

"Okay. Reen akan cuba balik awal" Kata Qaireen senada.

"No need. Abang drive sendiri pergi airport. Reen kan busy" Perli Adyan.

Memang dua tiga hari ni, Qaireen akan balik lewat ke rumah. Nak buat macam mana? Dah memang kerja dia macam tu. Operation mengejut selalu je berlaku. Tak kan dia nak lepas tangan pula? Lagipun dia dah bagitahu Adyan yang dia akan balik lewat. Lelaki itu yang tidak memahami dirinya.

"Okay. Ikut suka hati awak lah" Jawab Qaireen pula lalu dia mengambil beg tangannya untuk pergi ke tempat kerja.

Sempat lagi dia menyalam tangan suaminya. Marah-marah pun adab dengan suami didahulukan.

"Reen pergi dulu" Kata Qaireen selepas bersalaman dengan suaminya.

"Hati-hati" Pesan Adyan. No more kiss lepas salam seperti apa yang Adyan buat selama ni.

Qaireen hanya menganggukkan kepalanya dan terus dia keluar dari bilik tidur mereka untuk bergegas ke tempat kerja.

Adyan hanya memerhatikan isterinya dengan ekor mata sahaja. Takde niat langsung nak hantar Qaireen sampai ke muka pintu.

Selepas sahaja bayang Qaireen hilang, Adyan tersiap-siap untuk keluar. Dia mahu berjumpa dengan kawan-kawannya. Saja melepak. Sejak hari tu Adyan tak keluar lagi dengan kawan-kawannya. Sibuk memujuk Qaireen lah katakan.

Memujuk lah sangat, bergaduh adalah.

*****

Lovella Cafe.

"Mana si Carl ni. Kata on the way tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak" Rungut Dayyan yang sedari tadi hanya membebel sahaja.

Adyan dan Adam hanya memerhati perangai membebel sahabatnya itu.

"Kejap lagi sampai lah tu. Macam lah kau tak kenal---"

"Assalamualaikum para sahabatku semua.." Sapa seseorang.

Seseorang yang mereka sangat sangat sangat kenali. Rasa nak bunuh je mamat ni tau.

"Waalaikumsalam" Jawab mereka bertiga serentak.

"Baru jumpa jalan nak pergi cafe ni ke bang?" Perli Dayyan.

"Sorry lah bro, tadi jumpa awek kita kejap" Jujur Carl Syafiq sambil tersengih-sengih. Memang betul pun dia singgah rumah Izyan sebentar tadi. Saja lepaskan rindu.

Ahaks!

Dayyan hanya menjeling sahaja sahabatnya itu.

"Soo.. Adyan? Macam mana hubungan kau dengan Reen?" Tanya Adam. Sejak tadi dia tengok mamat tu senyap je.

"Macam tu la" Jawab Adyan malas.

Terjongket kening Adam, Dayyan dan Carl Syafiq.

"What do you mean bro? Kau dengan Reen bergaduh lagi?" Tanya Carl Syafiq pula.

Adyan mengeluh sambil menganggukkan kepalanya untuk menjawab soalan Carl Syafiq itu.

"Tak pujuk dia? Tak terangkan apa yang dah jadi?" Tanya Dayyan.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now