Bab 28 √

13.4K 977 285
                                    

Dari jauh Adyan Hayder sudah dapat melihat kelibat isterinya, serta-merta dia meleraikan pegangan wanita itu pada lengannya.

"Don't you ever touch me again, Carla!" Warning Adyan kepada wanita itu.

Wanita itu merengus kasar.

Carla. Wanita berumur 24 tahun. Pramugari di KLIA yang sama dengan Adyan. Dah lama sebenarnya wanita itu jatuh cinta pada Adyan. Tapi tahu-tahu jelah Adyan tu macam mana. Mana pernah bercinta. Sikit pun tak terdetik di hati dia untuk meminati perempuan bernama Carla itu.

Adyan terus melangkah ke arah isterinya yang masih berdiri statik tidak jauh dari dirinya.

"Sayang ab--"

Tanpa menunggu apa yang mahu diperkatakan oleh Adyan, Qaireen terus melangkah pergi untuk keluar dari bangunan itu. Malas nak dengar apa apa yang keluar dari mulut suaminya. Hati tengah panas kan. Biasalah tu.

Adyan mengeluh perlahan. Habis lah kau Adyan, Qaireen dah salah faham. Tanpa menunggu lama, dia terus mengikuti langkah isterinya. Dekat rumah nanti pujuk lah.

"Sayang.. Meh kunci kereta, biar abang drive" Tutur Adyan sambil meminta kunci kereta isterinya.

Tanpa membuang masa, Qaireen terus memberikan kunci keretanya kepada Adyan dan serta-merta dia masuk terus ke dalam kereta. Pintu kereta di tutup kuat. Protes.

Adyan menggelengkan kepalanya. Biasalah perempuan kan?

Suasana di dalam kereta agak sunyi dan sepi. Kedengaran DJ radio sahaja yang membebel menghiasi suasana suram itu.

Sampai sahaja di rumah, Qaireen terus keluar dari perut kereta tanpa berbicara apa pun. Sekali lagi, pintu kereta yang tidak bersalah, dihempas kuat.

Protes kali kedua.

"Ni kalau pintu kereta dia tercabut ni, mesti dia suruh aku gantikan" Gumam Adyan perlahan.

Adyan masuk juga ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik tidurnya. Dia memandang Qaireen yang sudah mengambil tuala untuk mandi. Dibiarkan sahaja isterinya itu. Nak tengok sejauh mana isterinya itu marah.

Di dalam bilik air, Qaireen membebel seorang diri.

"Bukannya nak pujuk aku pun. Biarkan je aku marah macam ni!"

"Dia dah la salah, lepastu buat muka tak bersalah macam tu. Ee benciii la!"

"Siapa tah perempuan seksi tu. dah la pakai tak cukup kain lepastu sibuk pegang-pegang suami orang"

Dan berlanjutlah bebelan itu sehingga Qaireen selesai membersihkan diri.

Dengan muka masam, dia keluar dari bilik air tanpa memadang sekeliling.

"Arghhh" Qaireen menjerit apabila ada satu tangan menarik dia dari arah belakang.

Sudah tentulah yang menariknya itu suaminya sendiri, Adyan Hayder.

Qaireen meronta-ronta untuk dilepaskan. Tetapi semakin dia meronta-ronta, lagi kemas pelukan Adyan pada pinggang isterinya itu.

"Shhhh baby. Stay kejap macam ni. I miss you.." Bisik Adyan di tepi telinga isterinya itu.

Glup.

Qaireen menelan air liur. Terkaku dia di situ. Dapat dirasakan nafas suaminya menampar tepi telinganya.

Aduh! Dah lah tengah berkemban ni. Bahaya bahaya! Omel Qaireen dalam hati.

"Err.. aba..abang.. te..tepilah.. Reen nak pa..pakai baju" Tergagap-gagap Qaireen menuturkan bicaranya.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now