Part 37 - Chanyeol Meninggal

125 13 0
                                    

"TOLONG BERI LALUAN!! PESAKIT SEDANG DALAM KRITIKAL!!" laung seorang jururawat namja itu kepada orang yang menghalang langkahnya. Beberapa jururawat menolak katil hospital itu.

Pn. Park dan Mrs. Kim memandang ke arah pesakit itu. Tetapi penglihatan mereka berdua dihalang oleh beberapa pekerja jururawat itu.

Seorang doktor namja berlari ke arah mereka. "Siapa nama pesakit ni?" tanya doktor namja itu.

"Nama pesakit ini Park Chanyeol doktor" kata jururawat itu dengan kuat sehinggakan Pn. Park dan Mrs. Kim dapat dengar.

Pn. Park terkejut apabila mendengar nama Chanyeol disebut oleh jururawat namja itu. Matanya cuba memandang pesakit yang berbaring di atas katil. Tetapi beberapa jururawat menghalang pandangannya.

Dengan perasaan risau, Pn. Park berlari ke arah mereka diikuti Mrs. Kim.

"TEPI!!" Pn. Park menolak jururawat dengan keras. Matanya melihat ke arah tubuh Chanyeol yang begitu banyak darah.

"CHANYEOL-AH!!" laung Pn. Kim dalam tangisan. Tubuh anak namjanya dipeluk.

Mrs. Kim menekup mulutnya. Matanya memandang tubuh Chanyeol yang terkulai layu di atas katil. Tubuhnya dipenuhi dengan darah.

"Minta maaf Puan. Tolong beri laluan!" kata Doktor namja tegas. Lalu katil itu dimasukkan ke wad ICU.

Pn. Park meraung kesedihan. Dia melutut dihadapan wad ICU. Dia berdoa agar Chanyeol kembali seperti sedia kala.

Mrs. Kim mengurut kedua-dua bahu Pn. Park dari tepi untuk menenangkan Pn. Park.

15 minit kemudian...

Klaak!

Pn. Park dan Mrs. Kim bangun apabila melihat doktor namja itu keluar dari wad ICU.

"Dok, macam mana keadaan anak saya?" tanya Pn. Park risau. Dia tidak putus berdoa kepada Tuhan agar anaknya tidak akan apa-apa.

Doktor namja itu memandang Pn. Park dengan pandangan sayu. "Kami dah sedaya upaya untuk selamatkan anak puan. Tapi Tuhan lebih menyayangi dia" kata Doktor itu.

Tubuh Pn. Park terkulai layu di atas lantai. Namun, Mrs. Kim sempat menyambut tubuh Pn. Park.

Pn. Park tidak tahu mahu berkata apa. Dia seperti berada di dalam dunia gelap. Dia berada di dalam mimpi.

"T-tapi, Tn. Chanyeol ada tinggalkan surat untuk puan" kata doktor itu.

Sampul surat yang diselaputi dengan darah milik Chanyeol dihulurkan pada Pn. Park. Pn. Park mengambil sampul surat itu dengan perlahan.

"Saya minta diri dulu. Salam takziah saya ucapkan" kata doktor itu. Lalu dia meninggalkan Pn. Park dan Mrs. Kim yang masih lagi terkejut dengan keputusan doktor itu.

"Awak bersabar ya. Tuhan lebih menyayangi Chanyeol" Mrs. Kim cuba menenangkan Pn. Park yang menangis teresak-esak.

Setelah reda dari tangisan, Pn. Park perlahan-lahan membuka sampul surat itu. Lalu surat itu dibaca

Anneyeong omma!

Omma, kalau Chan tulis surat ni sebab Chan tahu ini mungkin pengakhiran Chan dekat dunia ni. Tapi omma jangan menangis dengan pemergian Chan tau. Nanti Chan sedih tak dapt nak lap air mata omma.

Omma, kalau Chan dah tak ada nanti, boleh tak omma dermakan mata Chan dekat Dahyun supaya Dahyun boleh lihat semula? Chan harap omma tunaikan hajat Chan. Chan sanggup dermakan mata Chan sebab Chan sayang dan cintakan Dahyun.

Omma kena rela dengan pemergian Chan. Omma pernah cakap dengan Chan, Tuhan ambil appa sebab Tuhan pun sayangkan appa. Macam tu lah situasi Chan sekarang.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now