Part 33 - Gaduh

150 20 0
                                    

Di rumah keluarga Mr. Park...

Mr. Park duduk di tepi katil. Matanya memandang raut wajah Mrs. Kim yang terlelap itu. Jari-jemari isterinya dipegang erat.

"Mianhae sebab buat yeobu penat macam ni" kata Mr. Park perlahan. Tangan Mrs. Kim dibawa dan dikucup lembut.

Sungguh Mr. Park sayang akan Mrs. Kim selepas kematian isteri pertamanya. Rambut Mrs. Kim diusap perlahan. Entah kenapa otaknya teringat akan kata-kata doktor serta Jimin.

- - - - - - - - - - - - - -
Flashback...

Mr. Park, Jimin dan Joy bangun apabila melihat doktor peribadi mereka, Dr. Seonwoo keluar dari bilik tidur Mr. Park.

"Dok, macam mana keadaan isteri saya?" tanya Mr. Park risau.

Dr. Seonwoo mengukirkan senyuman kecilnya. "En. Park jangan risau. Keadaan isteri Encik stabil. Cuma dia perlukan rehat yang secukupnya disebabkan keletihan" beritahu Dr. Seonwoo.

Jimin memandang ke arah Mr. Park dan Joy dengan pandangan puas hati. "Sekarang baru nak risau kalau omma pengsan. Belum lagi kalau omma duduk dekat hospital" katanya sinis. Seperti memerli mereka berdua.

Tn. Park dan Joy hanya menunduk. Jimin melangkah ke arah bilik dengan perasaan geram. Siapa saja yang tidak sakit hati kalau mereka buat Mrs. Kim sebegitu.

End of Flashback...
- - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mr. Park mengucup perlahan dahi Mrs. Kim lembut. Lalu Mr. Park bangun dari katil dan melangkah keluar dari bilik tidur.

Joy yang kebetulan keluar dari bilik tidurnya terlihat Mr. Park yang keluar dari bilik. Tutup sahaja pintu bilik, Joy melangkah ke arah appanya.

"Appa, macam mana dengan omma?" tanya Joy. Risau.

"Omma tengah tidur tu. Bagi dia rest jap" balas Mr. Park.

Joy mengurut perlahan dadanya. Tanda bersyukur. Matanya memandang ke arah Mr. Park.

"Appa, Appa rasa Joy ni jahat ke depan omma?" tanya Joy. Entah kenapa dia berasa bersalah pada Mrs. Kim.

Mr. Park mendekatkan dirinya pada Joy. Tubuh kecil anak yeojanya dipeluk erat. "Ani. Joy tak jahat. Joy baik depan omma" kata Mr. Park.

"Tapi Joy tak tolong omma dekat dapur sampaikan omma pengsan" kata Joy. Di dalam fikirannya mula teringat akan sikap biadapnya pada Mrs. Kim.

Mr. Park mengelus rambut Joy. "Joy, manusia tak lari daripada kesilapan. Nanti bila omma sedar, kita minta maaf dengan omma ok?" pinta Mr. Park.

Joy menganggukkan kepala di dalam pelukan Mr. Park. Entah kenapa dia berasa tenang di dalam pelukan Mr. Park.

Jimin yang berada di sebalik pintu biliknya memerhati situasi Mr. Park dan Joy. Bibir tebalnya mengukirkan senyuman kecil.

'Kan best kalau Dahyun ada sekali'



*******



Seminggu kemudian...

Seoul Highschool...

Setelah seminggu, Dahyun dapat menerima pemergian Nahyun dengan hati terbuka. Disamping kesedihannya pada seminggu lalu, Chanyeol, Sana, Newsun, High D dan EXO akan menceriakan hari Dahyun.

Sampai sahaja di kelas, Dahyun melabuhkan punggung di atas kerusi. Matanya memandang ke arah Sana yang sedang ketiduran di atas meja belajar. Dahyun memikirkan idea jahatnya. Senyuman nakal terukir di bibir.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now