Part 36 - Kemalangan

117 21 0
                                    

4 Hari kemudian..

Di Seoul Hospital...

Dahyun kembali ke arah katil dari tandas dengan bantuan tongkatnya. Tangan kanan diangkat untuk merasa tilam. Setelah dapat sentuhan dari tilam, Dahyun menaikkan tubuhnya di atas tilam.

"Anneyeoung Dahyung sayang" tegur seseorang.

Wajah Dahyun berubah apabila mendengar suara itu. Siapa lagi kalau bukan omma dia, Mrs. Kim.

Mrs. Kim duduk di atas kerusi bersebelahan katil Dahyun. "Dahyun tahu tak omma bawa apa? Omma bawa tteobeoki. Makanan kesukaan kamu" kata Mrs. Kim gembira.

Dahyun hanya diam membisu sahaja.

Mrs. Kim membuka bekalan itu dengan perlahan. Lalu makanan itu digaul perlahan. Mrs. Kim mencedok tteobeoki dan sudu itu di bawa ke arah mulut Dahyun.

"Dahyun-ah, buka mulut. Omma nak suapkan tteobeoki ni" ujar Mrs. Kim lembut.

"Aku tak nak makan" kata Dahyun. Kosong.

Mrs. Kim tersenyum kelat. Dia cuba pujuk Dahyun lagi. "Apa salahnya kamu makan masakan omma. 2 suap pun tak apa lah" kata Mrs. Kim. Lalu sudu itu dibawa dekat pada bibir Yuju.

Dahyun pantas menolak sudu itu jatuh ke lantai kerana bibirnya mula berasa panas. "ARRGHH!! KAU NAK BUNUH AKU KE AHJUMAH!! TTEOBEOKI TU PANAS LAGI LAH? KAU TAK TIUP KE APA?!!" marahnya.






Manakala situasi Chanyeol dan Pn. Park..

Ting!

Chanyeol dan Pn. Park keluar daripada lif setelah sampai ke tingkat wad Dahyun.

"Harap-harap Dahyun ok dengan tteobeoki yang omma buat ni" ujar Pn. Park dengan matanya memandang ke arah mangkuk tiga tingkat.

Chanyeol tersenyum "Dahyun kan memang suka ttebeoki. Kan dia pernah kata yang tteobeoki omma lagi sedap daripada kedai punya" balas Chanyeol apabila dia teringat akan kata-kata Dahyun semasa mereka makan malam.

Pn. Park ketawa kecil. Sampai sahaja dihadapan pintu wad Dahyun, Chanyeol menolak perlahan pintu wad Dahyun untuk membuat kejutan.

"ARRGHH!! KAU NAK BUNUH AKU KE AHJUMAH!! TTEOBEOKI TU PANAS LAGI LAH? KAU TAK TIUP KE APA?!!"

Chanyeol dan Pn. Park melihat ke dalam. Di lihat Dahyun mencampakkan sudu ke atas lantai.

Dahyun mencari-cari bekal yang dipegang oleh Mrs. Kim. Apabila deria rasa tangannya menyentuh bekalan itu, Dahyun mencampakkan makanan itu di atas lantai dengan perasaan marah.

Buk!

"Ommo" Pn. Park terkejut dengan perubahan Dahyun dihadapannya.

Chanyeol mula berasa kasihan yang menimpa Mrs. Kim. Dia tahu perasaan seorang ibu apabila anaknya memperlakukan seperti itu.

Mrs. Kim menahan tangisannya. Salahnya juga kerana tidak meniup makanan itu sehinggakan Dahyun marah akannya.

"Mianhae Dahyun-ah" ucap Mrs. Kim. Lalu sisa tteobeoki yang berterabur di atas lantai dikutip.

Tanpa melengahkan masa, Pn. Park melulu masuk ke dalam bilik diikuti Chanyeol. Pn. Park melangkah ke arah Mrs. Kim untuk menolongnya.

"Mari saya tolong awak" tegur Pn. Park dengan senyuman memandang Mrs. Kim.

Mrs. Kim yang tidak kenal pada Pn. Park segera membalas senyumannya. Lalu dia pun mengutip sisa tteobeoki itu.

Dahyun yang mendengar suara asing itu mula terdiam untuk mengenali suara itu. "Omma?" tegur Dahyun apabila dia ingat suara asing itu, Pn. Park.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now