Bab 16 - Cry

427 39 16
                                    

Sedang mereka mengemas bekalan mereka, datang sekumpulan 2 kumpulan yeoja dan 1 kumpulan namja.

"Well. tengok lah siapa ni? Budak-budak nerd dan si pembunuh" ujar Yuju sinis.

Dahyun, Sana dan EXO memandang mereka dengan pandangan kosong. Hatinya sudah punah mahu berkawan dengan GFriend lagi.

"Ada masalah ke chingu Dahyun yang suka TIKAM BELAKANG chingu dia sendiri" balas Sehun sinis.

"Nasib aku dah tak berkawan dengan si Dahyun ni lagi. Dahyun still lagi berkawan dengan nerd-nerd ni. hihihihi" kata Umji angkuh.

Sonamoo hanya gelak saja dengan cadangan Umji.

Dahyun cuba memyabarkan dirinya. Dia bersuara "at least diorang ada perasaan nak berkawan dengan seorang PEMBUNUH" balas Dahyun sinis.

"Wahai-wahai budak nerd sekalian, korang tau tak, korang memang sesuai kawan dengan budak pembunuh ni!" kata Namjoon sehinggakan Chanyeol menarik kolar leher Namjoon.

"Kau tak ada hak nak cakap Dahyun macam tu SIAL!" marah Chanyeol. Matanya merenung Namjoon setajam-tajamnya.

"Kau jangan cari pasal dengan leader kitorang!" Jimin menolak kasar tubuh Chanyeol.

"Sabar Chan. Bawa bertenang. Buang masa je kau nak cari pasal dengan diorang" kata Suho. Matanya menjeling sahaja 3 kumpulan itu.

"Sana, apa kata kau join group kitorang. Aku tak nak nanti kau pun kena BUNUH dengan Dahyun" cadang D.Ana. Mereka cuba mak merosakkan fikiran Sana. Padahal Sonamoo, GFriend dan BTS mahu menggunakan Sana sahaja. Seperti membuli.

Dahyun hanya memandang Sana. Dia perhati Sana asyik berdiam dari tadi. Dia takut Sana akan sertai mereka.

Sana memandang 3 kumpulan itu. Matanya memandang Dahyun. Lalu tangan kirinya mengenggam tangan kanan Dahyun.

"Korang cakap negatif macam mana pun dekat aku, Aku takkan join korang. Aku akan setia dengan Dahyun sorang saja" balas Sana. Dan dia sambung lagi "Lagipun, korang lebih percaya cakap orang lain tanpa soal selidik apa yang berlaku time Dahyun dengan unnie dia" akhirnya mata Sana memandang 3 kumpulan itu. Senyuman sinis diberikan pada mereka.

Dahyun tidak tahu nak balas apa pada Sana. Dia rasa beruntung dapat kawan macam Sana. Dia bersyukur kerana Sana tidak mudah terpengaruh.

BTS, GFriend dan Sonamoo terdiam dengan apa yang Sana katakan. Mereka terfikir macam mana Sana boleh tahu tentang kes itu. Sehingga lah suara namja itu kedengaran.

"Kau yang bagitahu budak baru pasal unnie kau kan?" soal Jimin nada marah.

Dahyun memandang Jimin kosong. Entah kenapa dia tidak berasa takut dengan oppa tirinya. Dia diam tidak menjawab soalan Jimin.

Pang!

Dahyun terkejut. Selama ni dia tidak pernah ditampar atau pun kena tampar. Orang pertama yang tamparnya adalah Park Jimin. Tangan kirinya automatik terlekap pada pipi kirinya yang baru ditampar oleh Jimin.

Begitu juga dengan BTS, EXO dan GFriend. Pertama kali lihat Jimin menampar Dahyun di depan mata mereka.

Manakala Sonamoo hanya tersenyum suka melihat situasi itu.

Bush!

Jimin jatuh tersungkur apabila di tumbuk oleh Chanyeol. Matanya melihat Chanyeol yang sudah menahan kemarahan.

"Kau boleh kutuk dia. hina dia. Tapi tangan kau jangan sesekali nak tampar Dahyun. BODOH!" marah Chanyeol.

"Chanyeol sabar. Jom tinggalkan diorang. Buang masa kita cakap dengan diorang" arah Xiumin.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now