Part 39 - Takut

67 9 3
                                    

Keesokan harinya...

Waktu rehat...

10 : 30 a.m.

Taehyung dan Jungkook berlari ke arah pondok kecil. Mereka berdua berlumba untuk sampai ke pondok itu.

Manakala lima namja itu hanya menggelengkan kepalanya.

"Yeahh! Aku sampai dulu. Tae kalah" sorak Jungkook apabila dia sampai terlebih dahulu daripada Taehyung.

"Ala. Nasib je tu" Taehyung menjeling tajam pada Jungkook.

Jungkook menjelir lidah pada Taehyung. "Alaa. Dah kalah tu kalah jelah. Tak nak mengaku pula" balas Jungkook sinis.

"Korang ni. Tak habis-habis dengan perangai budak-budak korang tu. Haihh" Jin menggelengkan kepalanya.

"Entahnya. Cuba jadi macam aku. Swag!" Suga bersuara berlagak.

"Eleh. Patung kumamon kau hilang tak sampai sejam, kau dah menangis macam budak. Sembang je lebih" kata J-Hope dengan sengihan jahatnya.

"Hahahahahaha!" Tergelak mereka berenam apabila mereka teringat tentang hal itu.

Semasa itu mereka berada di rumah Suga selama seminggu kerana keluarga Suga berada di luar negara kerana hal kerja.

Semasa malam ketiga, patung kegemaran Suga tiba-tiba hilang di biliknya. Puas juga namja itu mencari patung kegemarannya sehinggakan dia menangis dihadapan chingu-chingunya. Dan ternyata, patung kumamon miliknya dijumpai di dalam almari bajunya. Entah macam mana patung itu berada di dalam almarinya. Mungkin omma Suga yang mencuci patung itu sebab dia terhidu bau sabun pakaian pada patungnya.

"Diam lah kau kuda!" Kata Suga dengan geram.

Mereka berlima membuka kasut sekolah. Lalu masuk ke dalam pondok. Mereka bertujuh duduk di atas lantai dalam satu bulatan.

"Wahh Jin-ah, macam sedap je nasi goreng kimchi kau. Nak sikit" Namjoon yang ingin mengambil sesuap nasi goreng kimchi milik Jin terbantut apabila Jin menampar lembut tangan kanannya.

"Yah! Tak boleh! Omma aku buat untuk aku je. Shu! Shu!" Halau Jin. Lalu dia pun makan nasi goreng kimchi miliknya.

"Kedekut. Aku pun ada lah" kata Namjoon sambil keluarkan bekalannya. Dia dibekaln dengan sandwich tuna serta dua air yogurt berperisa anggur. Lalu dia pun menyuapkan sandwich itu ke dalam mulutnya.

Jimin yang hanya berbekalkan roti telur serta lima keping sosej kecil memandang ke arah Namjoon. Dia seperti malu untuk bertanya pada Namjoon. Tapi namja itu kena tanya juga daripada dia berdiam menahan sakit hati.

"Err..Namjoon, boleh aku tanya kau something tak?" Tanya Jimin.

"Eo? Nak tanya apa?" Tanya Namjoon sambil menjamah sandwichnya.

"Kau dengan Dahyun ada relationship ke?"

Dahi Namjoon berkerut. "Wae kau tanya macam tu?" tanyanya. Setelah habiskan sandwich, dia mengambil air yogurt itu untuk menghilangkan sisa makanan di dalam mulutnya.

"Sebab semalam aku nampak korang bercium dekat library" balas Jimin tanpa memandang Namjoon.

"MWO?!" Terkejut beruk lima namja itu apabila mereka mendengar kata-kata Jimin sebentar tadi.

"Uhuk! Uhuk!" Namjoon tersedak apabila Jimin berkata begitu. Setelah keadaan reda, Namjoon meletakkan botol air yogurt itu di atas lantai.

Ya, Semalam Jimin yang ingin mencari Namjoon di perpustakaan terbantut apabila dia melihat Namjoon tercium Dahyun di perpustakaan. Tujuan namja itu mencari chingunya kerana ingin pulang ke rumah bersama-sama. Namun, matanya melihat adegan itu.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now