Bab 2 - Mendiang Mrs.Park

539 50 1
                                    

Waktu malam...

6:10 p.m. / 18:10

Selesai mandi, Dahyun mula meninggalkan bilik tidurnya. Lalu kedua-dua belah kakinya melangkah ke arah dapur untuk menolong ommanya menyediakan makan malam. Sudah terbiasa dia menolong omma untuk menyediakan makan malam.

Dahyun terlihat Mrs.Kim sedang menjirus (?) Kubis hijau, sawi, daging lembu, rumpai laut, lobak putih serta lobak merah pada sinki. Tiba-tiba dikepalanya memikirkan idea yang tidak baik. Bibirnya mengukirkan senyuman mengejek.

Lalu Dahyun melangkah ke arah Mrs.Kim dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu ommanya mendengar tapak kakinya. Sampai sahaja di belakang Mrs.Kim, Dahyun menyergah.

"OMMA!" Sergah Dahyun tiba-tiba.

"OH MAK AKU MINAT JONGKOOK RUNNING MAN" latah Mrs.Kim apabila dia terkejut.

"Hahahahahahaha..kelakar lah omma bila melatah tadi" kata Dahyun dengan sisa ketawanya.

Buk!

"Aduh!" Dahyun mengosok kepalanya apabila Mrs.Kim mengetuk kepalanya dengan tangan kirinya.

"Tu lah. Terkejutkan omma lagi. Kalau kamu buat lagi, omma tak teragak-agak nak gunakan senduk kayu ni" kata Mrs.Kim dengan menunjukkan senduk kayu pada Dahyun sebagai amaran.

Dahyun ketawa terkekeh-kekeh. Lalu yeoja itu berdiri disebelah Mrs.Kim. "omma nak masak apa? Boleh YuYun tolong omma masak" pelawa Dahyun dengan ikhlas.

"Hmm..omma terfikir nak buat kimchi, kimbap, tteokbokki dengan bulgogi" kata Mrs.Kim setelah membasuh kubis hijau serta sawi terlebih dahulu.

"Kalau macam tu, YuYun nak potong daging kecil-kecil. Lepas tu nanti YuYun nak kacau kimchi" beritahu Dahyun.

"Ok sayang" balas Mrs.Kim. Mereka berdua hanya berdiam kerana ingin menyiapkan makan malam.

"Omma, saeng, tengah buat apa tu?" Mrs.Kim dengan Dahyun mengalihkan tubuh ke belakang apabila suara yeoja menegur mereka.

"Saeng tengah sidai kain ni Joy unnie. Meh lah join" balas Dahyun dengan berloyar buruk. Ketawa terkekeh-kekeh dibuatnya apabila dia mengenakan Joy.

"Oh ya ke? Tapi unnie tak nampak pun kain tu. Mana kainnya saeng? Unnie pun nak tolong saeng sidai ni" kali ni Joy pula berloyar buruk pada Dahyun. Dia juga ketawa terkekeh-kekeh.

Dahyun memuncungkan bibirnya apabila dia pula yang terkena dengan kata-kata Joy. Dahyun bukannya terasa, cuma dia saja-saja nak merajuk.

"Hahahaha..omma, Dahyun, nak Joy tolong tak?" Joy mempelawa dirinya untuk menolong Mrs.Kim dan Dahyun.

Mrs.Kim memandang ke arah anak tirinya. Lalu dia pun bersuara " Tak apa lah Joy. Lagipun, Dahyun ni ada nak tolong omma" balas Mrs.Kim lembut.

"Tapi omma, Joy pun teringin nak tolong omma. Lagipun, Joy teringat akan mendiang omma Joy" kata Joy sayu.

Mrs.Kim dan Dahyun memandang Joy dengan pandangan sayu. Bukan Mrs.Kim tidak mahu Joy menolongnya, cuma makanan yang ingin disiapkan hanya mengambil masa yang lama. Takut Joy penat.

Dahyun menghentikan pemotongan daging terlebih dahulu. Lalu dia pergi ke arah Joy. Tubuh unnie tirinya dipeluk dari tepi.

"Arra. Unnie boleh tolong omma dengan Dahyun" kata Dahyun.

Joy membalas pelukkan Dahyun dari tepi. Lalu dia bersuara "gomawo saeng"

"Dah. Dah. Jangan nak buat drama sedih-sedh pula dekat dapur ni. Joy, pergi tolong potong lobak putih dengan lobak merah tu" Mrs.Kim memotong drama antara dua adik-beradik tiri itu. Lalu yeoja separuh abad itu tunjukkan lobak putih dan lobak merah pada bakul bersebelahan dengan sinki.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now