Bab 9 - Mood

528 56 0
                                    

Balik sahaja dari sekolah, Dahyun meletakkan beg sekolahnya di aras kerusi dapur. Lalu kakinya melangkah ke arah kabinet dimana cawan kegemarannya ada. Di ambil cawan itu dan sudu. Tidak lupa juga serbuk koko dan susu.

Lepas sahaja isikan air panas di dalam cawan, Dahyun menghenyakkan punggung di atas kerusi.

Otaknya mula memainkan video tentang adegan yang berlaku antara dirinya dan Chanyeol. Pipinya mula memerah. Dan kedua-dua tapak tangannya ditekup pada pipi untuk menutup kemerahan.

Buk!

Mata Dahyun memandang ke arah Jimin yang memasuki rumah dan melangkah ke arah bilik tanpa memandangnya. Tetapi dahi Dahyun berkerut apabila melihat muka Jimin seperti menahan kemarahan.

Tetapi pada siapa?

"Dahyun-ah, tolong buatkan aku air coklat sejuk. Lepas tu air tu kau hajtar dekat bilik aku" arah Nahyun yang baru sahaja memasuki rumah apabila katanya terlihat Dahyun yang seperti membuat air coklat. Dan kakinya melangkah meninggalkan Dahyun tanpa saengnya bersuara.

Dahyun hanya mengikut sahaja arahan daripada Nahyun sambil mengeluh. Dipandang cawannya dahulu sebelum dia bangun dari tempat duduknya dan mengambil cawan Nahyun.


* * * * *


Situasi EXO...

"Chan, kau ok ke tak ni? Dari tadi aku tengok kau asyik tersengih-sengih je. Dah macam orang tak suiman pula" tegur Xiumin dengan sedikit gurauan.
"Biarlah aku duduk tersengih-sengih. Ada aku kacau hidup kau ke" balas Chanyeol geram. Dan bibirnya kembali tersengih.

"Sah gila" kata Baekhyun dan Kai.

"Ke kau ada buat something dekat Dahyun tadi?" tanya Sehun dengan kening diangkat beberapa kali.

"Ma-mana ada!" bentak Chanyeol kuat.

"Wae kau tergagap-gagap ni? Kantoi 😏" kata Kai dengan senyuman sinis.

"Tu je lah yang ada dalam kepala otak kau orang kan -_-'" balas Chanyeol dengan jelingan tajam.

"Hehehe" Kai menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

Tapi Chanyeol tertanya-tanya, siapa yang menganggu dia dengan Dahyun tadi?

*****

Di bilik Jimin...

Selepas Dahyun menghantar koko ais pada Nahyun, langkah yeoja itu terus ke arah bilik Jimin. Matanya memandang sahaja pintu bilik Jimin.

Nak ketuk atau tak?

Itu lah persoalan di dalam hati Dahyun. Tangannya di angkat dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mengetuk pintu.

Tok! Tok! Tok!

"Oppa?" panggil Dahyun. Tiada tiada sahutan daripada Jimin. Dahyun sekali lagi mengetuk pintu.

Tok! Tok! Tok!

"Oppa?"

"APA?!!"

Kedua-dua bahu Dahyun terangkat kerana Jimin membalas sahutannya dengan tengkingan. Namun Dahyun tidak terasa dengan tengkingan dengan oppa tirinya.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now