Bab 44 - Semi Final

81 11 1
                                    

Di ruang makan...

Mr. Park yang sedang minum air kosong memandang ke arah Jimin. Mata namja separuh abad itu memandang mata Jimin. Dan dia pun terikut memandang tempat yang Jimin pandang. Gelas yang berada di tangan kirinya diletakkan di atas meja.

Berkerut dahinya apabila Mr. Park memandang Dahyun. Di tatap Jimin semula dan di tatap Dahyun semula. Berkali-kali memandang dua adik-beradik tiri itu.

Terkejut juga Mr. Park apabila Jimin memberikan senyuman pada Dahyun di hadapannya. Tapi senyuman itu sepertinya macam orang yang sudah ada hubungan. Mereka ni ada apa-apa ke?.

"Ehem..ehem!"

Semua ahli keluarga yang sedang makan memandang ke arah Mr. Park yang berdehem.

"Wae yeobo?" tanya Mrs. Kim.

"Ani. Terbatuk je" balas Mr. Park. Air putih itu diteguk lagi. Lalu gelas itu diletakkan semula di atas meja.

Mr. Park memandang ke arah Jimin. "Jimin, lepas makan nanti appa nak bincang sikit dengan kamu" beritahu Mr. Park.

Jimin menganggukkan kepalanya. "Nae appa" katanya.

"Mesti oppa ada buat appa sakit hatikan. Habis lah oppa nanti kena marah" ejek Joy yang berada disebelah Jimin.

"Kau diam lah gemuk" Jimin menjeling tajam pada Joy.

Dahyun yang berada di hadapan namja itu tergelak kecil.

"Omma, tengok oppa tu" Joy merengek pada Mrs. Kim dihadapannya.

"Jimin, tak baik kamu cakap macam tu dengan saeng kamu" Mrs. Kim mula mempertahankan Joy.

"Nae omma" Jimin sempat menjeling pada Joy yang sedang menjelirkan lidah padanya.






*****





"Ada apa appa nak cakap dengan Jimin?" tanya Jimin selepas dia duduk di sofa berhadapan dengan Mr. Park.

"Appa tanya kamu ni, kamu jawab jujur tau" kata Mr. Park.

Jimin menganggukkan kepalanya sambil memberikan senyuman pada Mr. Park. "Apa dia appa?"

"Kamu ada perasaan dekat Dahyun ke? Maksud appa, perasaan tu lebih daripada kamu anggap Dahyun tu macam...someone special for you?" kata Mr. Park perlahan.

Jimin menelan air liurnya. Tapi dia harus berkata jujur pada appanya. Dan dia pun membalas pertanyanya Mr. Park.

"Nae. Jimin cintakan dia lebih daripada seorang saeng. Jimin harap appa setuju dengan perhubungan Jimin dan Dahyun" kata Jimin sekilas.

Appa tersenyum pada anak namjanya. "Appa ok je dengan perhubungan kamu sama Dahyun. Tapi kamu kena juga berbincang dengan omma juga pasal benda ni" kata Mr. Park tersenyum .

Jimin membalas senyuman Mr. Park. Belum sempat dia membalas kata-kata Mr. Park, ada satu suara menegur perbualan dua beranak itu.

"Tak perlu bincang dengan omma. Omma juga setuju perhubungan kamu dengan Dahyun"

Dua beranak itu terus memandang ke arah suara yang menegur mereka. Dilihat Mrs. Kim juga memberikan senyuman pada Jimin dan Mr. Park bersilih ganti.

Jimin bingkas bangun dari sofa. Dia berlari kecil pada Mrs. Kim. "B-betul ke omma setuju hubungan Jimin dengan Dahyun?" tanyanya gembira.

"Nae. Omma juga setuju. Tapi jangan sakitkan hati anak omma tu pula. Kalau omma tahu, siap kamu nanti" sempat juga Mrs. Kim memberi amaran pada Jimin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now