Part 38 - Tercium

83 8 1
                                    

3 bulan kemudian...

Selepas pemergian Chanyeol pada tiga bulan yang lepas, sikap Dahyun yang dulunya baran kini pudar. Dan sikap sopan santun serta sikap lemah lembutnya kini kembali. Dahyun sudah menerima takdir bahawa Chanyeol telah pergi buat selama-lamanya dan tidak akan kembali.

"Selamat lagi Dahyun unnie!"

Dahyun sedar dari realiti apabila ada pelajar junior menegurnya. Dahyun membalas sambil memberikan senyuman kepada pelajar junior itu. Lalu dia bergerak ke arah loker sekolah.

Selesai membuka kata laluan pada loker, Dahyun menarik perlahan pintu itu. Buku teks sejarah, Bahasa Korea serta Bahasa Inggeris dibawa keluar. Lalu pintu loker ditutup semula.

"Anneyeong Dahyun-ah!!"

Dahyun memandang ke arah suara yang menegurnya. Terlihat Sana sedang membuka pintu loker bersebelahan dengannya.

"Anneyeong!" Balas Dahyun tersenyum.

"Kau nampak comel dengan rambut hitam kau. Aku suka" puji Sana ikhlas.

Selepas pemergian Chanyeol itu, Dahyun sudah mewarnakan rambutnya kepada hitam. Warna rambut asalnya. Setelah dia berubah, hatinya mula tenang. Mungkin Chanyeol sudah menenangkan dirinya tanpa dilihat.

"Gomawo Sana"

"Oh ya. Rehat nanti kau rehat dengan siapa? Oppa tiri kau ke atau rehat dengan kitorang?" Tanya Sana selepas mengambil buku teks di dalam loker. Lalu pintu itu ditutup.

"Aku rehat dengan korang lah. Bosan lah aku rehat dengan BTS oppa tu" rungut Dahyun sambil memuncungkan bibirnya ke hadapan.

Kata-kata Dahyun itu dapat didengari oleh J-Hope. J-Hope berlari ke arah Dahyun. Tubuh Dahyun diraih perlahan dan digoncang tubuh yeoja itu.

"Dahyun tak sayang Hobbie oppa ke sampai bosan nak rehat dengan oppa" kata J-Hope berpura-pura menangis.

"Ho-hobbie oppa, berhentilah goncangkan Dahyun. D-Dahyun pening ni!!" Kata Dahyun geram apabila tubuhnya digoncang seperti dia membuat salah pada J-Hope.

"Oh? Mianhae. Hehehehe" J-Hope melepaskan tubuh Dahyun. Kepalanya digaru tidak gatal.

"Yah! Agak-agaklah nak buli saeng aku!" Marah Jimin apabila melihat J-Hope menggoncang Dahyun. Matanya memandang tajam terhadap chingunya.

"Entahnya. Kau ni pun..anak orang tu" kata Jin pula. Kepala digeleng perlahan.

Dahyun menggelengkan kepalanya. Sejak Jimin dan BTS memohon maaf darinya, Dahyun memaafkan mereka. Dan layanan mereka terhadapnya seperti seorang puteri. Seorang tolong dia buat itu, seorang tolong dia buat ini. Kadang-kadang, kalau Dahyun cedera kena gigit nyamuk pun BTS sanggup beratur untuk mengubatkan Dahyun.

"Untunglah ada 'tentera' yang jaga kau" bisik Sana pada telinga kiri Dahyun.

Dahyun hanya ketawa kecil.

Namun, ada sekumpulan yang memandang keakraban Dahyun pada BTS dengan perasaan cemburu dan ketidak puasan hati mereka.

Mereka adalah....










































Rahsia..

Mana boleh bagitau 😂👍🏻...

Waktu rehat...

"Dahyun-ah, nanti aku dengan EXO oppa tunggu dekat pondok" beritahu Sana.

"Arra" balas Dahyun.

Pada mulanya Sana mahu mengajak Dahyun berehat dengannya, Namun Dahyun harus memberitahu keberadaannya pada Jimin. Setelah memberitahu itu, Jimin bersetuju untun Dahyun berehat bersama EXO dan Sana. Sempat juga Jimin memberitahu padanya bahawa dia tidak turun rehat bersama chingunya pada Dahyun kerana mereka berada di bilik disiplin. Mesti tak siapkan kerja sekolah. Kata hatinya.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now