Part 35 - Buta

144 19 0
                                    

Keesokan harinya...

Di Seoul Highschool..

Sana berjalan menuju ke perkarangan sekolah. Sampai sahaja ke loker miliknya, dia membuka loker.

"Hff..Hff.. Bau apa ni?" hidung mancung Sana terbau sesuatu. "Busuknyaa" Sana tutup hidungnya kerana hidungnya dapat hidu bau busuk. Lalu dia membawa hidungnya menfikut bau tersebut.

Akhirnya hidung Sana dapat jejak bau busuk itu. Dia menjarakkan tubuhnya. Matanya membaca nama loker itu.

Kim Dahyun (김다현)

"Wae ada busuk dekat loker Dahyun ni" kata Sana. Tangan kiri Sana menutup kedua-dua lubang hidungnya.

"Pehh! Kuatnya bau. Dahyun ni dah berapa lama tak bersihkan loker dia ni?" kata Sana sendirian.

Kai yang baru tiba terlihat kelakuan Sana. Dahinya berkerut. Lalu dia pun melangkah ke arah Sana.

"Anneyeong Sa.." teguran Kai terbantut apabila hidungnya terhidu bau yang sangat busuk. "Peh! Bau apa ni" kata Kai kuat.

"Anneyeong Kai-shi. Ni loker Dahyun yang berbau ni. Tak tahu lah dah berapa lama yeoja ni tak bersihkan loker dia" kata Sana geram.

"Apa kata kita bersihkan loker dia" cadang Kai.

"Mwo? Ani..ani.. saya tak suka bersih benda kotor ni..eeuuuwww!" Badan Sana mula geli. Sejujurnya, dia memang tak suka bersih benda-benda busuk seperti itu.

"Alaa, apa salahnya kita tolong orang. Lagipun, Dahyun tu kan chingu awak. Mesti Dahyun happy kalau dia ada chingu macam awak. Sanggup bersihkan loker untuk dia" kata Kai sambil memberikan senyuman pada Sana.

Sana pada mulanya terus berasa jijik untuk membersihkan benda-benda yang busuk itu. Tapi bila Kai berkata begitu, dia terkenangkan Dahyun yang banyak menolong dia dari segi pembelajaran. Apa salahnya dia juga menolong Dahyun. Sana mengeluh.

"Nae" balas Sana.

Kai tersenyum. Dia tahu Sana pasti tidak suka akan itu "Saya tahu awak tak suka. Tapi mana tau bila awak dah kahwin, dah ada anak nanti, awak pun kena cuci berak anak awak juga" kata Kai. Gurau.

"Siapa je yang nak kahwin dengan saya ni" balas Sana yang masih menutup hidungnya menahan bau busuk.

"Siapa lagi kalau orang yang berdiri sebelah awak ni" kata Kai. Kening kiri dijungkit ke atas.

Muka Sana memerah. Hatinya berdegup pantas. "D-dah! Dah! Kita bersihkan loker Dahyun ni" kata Sana untuk hilangkan rasa malunya. Lalu tangannya membuka loker pintu Dahyun.

Kai tergelak kecil. Comel je tengok Sana ni. Tapi dia pelik sekejap. Sana tahu ke kata laluan loker Dahyun ni.

"Awak tahu ke password Dahyun ni?" soal Kai.

"Tahu" balas Sana.

Kai menganggukkan kepalanya. Matanya memandang Sana yang khusyuk membuka loker Dahyun.

"Ommo!" Sana dan Kai segera bergerak ke belakang apabila banyak timbunan sampah yang keluar dari loker Dahyun.

"Banyaknya"

"Werk!" Sana berlari ke belakang apabila dia terasa ingin muntah. Lalu isi makanannya dikeluarkan segalanya.

Kai menggelengkan kepalanya. Hindar bau yang membusuk itu. Tapi mata Kai tertumpu 1 surat. Lalu dia mengambil surat itu. Sampul itu   dibuka.

To bit** Dahyun,

Kau ingat kau menang? Kau salah!. Kitorang akan cuba jatuhkan kau lagi. Kau jangan bermain api dengan kitorang..

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now