Bab 17 - Buli

387 44 11
                                    

2 bulan kemudian...

Dahyun mengeluh. Bersabar. Sepanjang 2 bulan ini, dia sering dibuli oleh BTS, GFriend dan Sonamoo. Lagi-lagi unnienya, Nahyun. Unnienya sering memberikan kata-kata kesat pada Dahyun. Tapi dia bersabar.

Dahyun hanya mengeluh. Di ambil buku tulis milik Eunha dan Yuju. Nampaknya dia kena siapkan kerja sekolah mereka berdua. Sakit lah tangan aku nanti. Dan akhirnya kerja sekolah Eunha dan Yuju telah siap.

Setelah 30 minit kemudian, kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. Dahyun terkejut.

"Alamak! Aku tak rehat lagi" omel Dahyun seorang diri. Mengeluh.

Dahyun memandang pelajar kelasnya sudah memasuki kelas. Matanya memandang Eunha dan Yuju memasuki kelas.

"Pembunuh!, dah siap kerja kitorang?" tanya Eunha kasar. Lalu dia mengambil bukunya dan buku Yuju dengan kasar. Kakinya meninggalkan meja Dahyun dan melangkah ke tempatnya.

"Dahyun-ah?"

Dahyun memandang ke kanan, Sana.

"Ni. aku ada belikan 2 roti coklat dengan susu. Aku tahu kau tak makan lagi. Baik kau habis makan sebelum seongsanim masuk" kata Sana. 2 Roti dan air susu berperisa strawberi diberikan pada Dahyun.

"Gomawo" ucap Dahyun. Senyuman manis diberikan pada Sana. Sepanjang perkenalan Dahyun dan Sana, mereka sudah biasakan diri mereka kau-aku.



*****



Waktu balik sekolah..

"Dahyun, aku tunggu kau dekat pagar tau. Aku dah bagitau oppa-oppa EXO sekali" beritahu Sana.

"Ok" balas Dahyun yang mengemaskan bukunya.

Sana terus berlari ke arah pagar utama sekolah. Dia dapat mesej dari Kai yang mereka sudah berada di pagar.

Selesai sahaja mengemas buku, Dahyun mengorak langkah ke luar kelas. Pintu kelasnya ditutup rapat. Dengan langkah semangat, berlari ke luar.

Tetapi, langkahnya terhenti apabila matanya memandang 3 kumpulan yang berkumpul di tangga. Air liur ditelan kelat.

"Wah! tengok lah siapa yang lalu dekat sini" kata Nahyun memandang Dahyun yang lalu di tangga. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

Kesemua yang berada di sana memandang ke arah Dahyun. Eunha dan Yuju memandang Dahyun dengan perasaan marah.

Sebab apa?

"Yah! mari sini kau!" dengan perasaan marah, Yuju datang ke arah Dahyun. Lalu rambut Dahyun ditarik dengan kasar. Ditarik rambut Dahyun sampai ke tempat mereka.

"Argh! Apoo!" Dahyun cuba menolak tangan Yuju. Kakinya menuruni tangga dengan berhati-hati.

Sampai di tempat mereka, Yuju menolak tubuh Dahyun sehinggalah tubuh Dahyun mendarat di atas lantai.

"SEBAB KAU LAH AKU DENGAN EUNHA KENA LARI 5 PUSINGAN DEKAT PADANG KAU TAHU TAK!!" marah Yuju.

Eunha pula datang ke arah mereka berdua. Rambut Dahyun ditarik begitu kuat sehinggalah Dahyun mendongak memandang Eunha.

"Kau tahu tak sebab apa aku dengan Yuju marah kau? Sebab jawapan yang kau siapkan buku kitorang SAMA jawapan KAU TAHU TAK?!!" tengking Eunha. Lalu dia tolak kepala Dahyun.

BTS, Sonamoo dan GFriend yang lain hanya tersenyum sinis. Suka tengok Dahyun dilakukan sebegini. Lagi-lagi Nahyun.

Nahyun datang ke arah Dahyun. Kakinya melutut untuk menyamai ketinggian dengan Dahyun. Rahang Dahyun dipegang kasar.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now