Bab 25

459 38 6
                                    

Di Seoul Highschool...

Newsun dan High.D masuk ke kawasan sekolah dengan perasaan marah. Pagi itu mereka berdua dikejutkan dengan mesej dari Pn. Taeyeon yang mengatakan bahawa mereka ponteng sekolah kerana pergi pusat beli belah.

"Mana diorang ni!!" marah Newsun. Matanya melilau mencari Minjae. Mereka mencari di kawasan padang. Tiada kelibat Minjae dan chingu-chingunya. Lalu kaki mereka berdua bergerak ke arah kantin.

Sampai sahaja di kantin sekolah, Newsun dan High. D terlihat Minjae dan chingu-chingunya berada di kantin. Dilihat mereka berempat seperti membuli pelajar junior itu.

"YAH PABO! KAU NAK BAGI DUIT KE TAK NAK!!" ugut Sumin pada pelajar yeoja.

"M-mianhae s-sunbae.. s-saya tak ada d-duit nak makan time rehat n-nanti" beritahu pelajar junior itu.

Euinji menarik kuat rambut yeoja itu sehingga lah pelajar yeoja itu meraung sakit.

"Aauu. sunbae, lepaskan" pelajar yeoja itu cuba menahan tangan Euinji.

"Kau jangan nak tipu aku. Aku selalu nampak kau naik kereta bukan bapak main panjang lagi. Kau jangan nak acah-acah miskin lahh!! BAGI SEMUA DUIT KAU SEKARANG!!" ugut Euinji.

Newsun geram. Dia berjalan pantas ke arah mereka. Lalu tangannya menarik kasar tangan Euinji dari dipegang rambut pelajar junior itu.

Euinji memandang ke arah Newsun dengan pandangan tajam. Dia ingin mengangkat tangan untuk menampar Newsun tetapi di halang oleh High. D.

"KAU GILA KE NAK PUKUL CHINGU KAU SENDIRI?!!" marah High. D.

Euinji melepaskan tangannya dengan kasar. Matanya yang tajam kini memandang ke arah High.D.

Minjae datang ke arah Newsun dan High. D. Dia bersuara "Well, aku akan anggap korang ni chingu aku kalau korang berdua tak layan dengan Nahyun cacat tu" katanya.

High. D mengenggam penumbuk. Sekarang dia dan Newsun sedar, dalam setiap chingu-chingu pasti akan ada muslihat, tikam belakang. talam dua muka dan perkara yang tidak elok. Dia tahu perangai Minjae dan chingu-chingunya.

"Kau tu sebenarnya memilih kawan. Thats why kau tak suka kawan dengan Nahyun sebab kau rasa diri kau tu kena kongkong. Betul tak?" kata-kata Newsun begith pedas untuk Minjae.

Minjae mengetap gigi. Kakinya melangkah di depan Newsun. Tangan kanannya diangkat.

Pang!

Kepala Newsun terteleng ke kanan akibat ditampar oleh Minjae. Newsun menekap pipi kirinya. Matanya memandang tajam pada Minjae.

Pang!

Kali ni Newsun pula menampar Minjae sampaikan kepalanya terteleng ke kiri. Newsun mahu lagi menampar Minjae tetapi dia dihalang oleh High. D.

"Yah Newsun! sudah lah tu" High.D cuma menenangkan Newsun.

Newsun melepaskan diri dari High.D. Jari telunjuk kanan dituju pada Minjae dengan tegas. "Mulai hari ni, korang semua dengan aku dan High. D adalah MUSUH!" habis sahaja kata-katanya, Newsun pergi meninggalkan Minjae and the gang.

High. D mengikuti Newsun dari belakang. Dia berjalan di sebelah Newsun.

"Newsun, kau tekad ke nak putuskan persahabatan ni?" tanya High.D.

"Aku yakin dan aku tekad. Diorang buang Nahyun lepas tahu Nahyun dapat penyakit. Macam tu ke digelar chingu. Patutnya digelar musuh" kata Newsun tekad.

"Ok. Apa-apa pun, aku sokong kau dan Nahyun"

"Btw, semalam Dahyun call aku. Di kata dia nak jumpa kita lepas sekolah ni" kata Newsun.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now