Part 30 - Sedih

541 43 4
                                    

Kalau nak feeling sedih sambil keluar airmata, pinjamkan data internet anda dan dengarkan lah lagu di atas tu. Kalau anda dengar lagu ni, sumpah airmata korang akan mengalir secara automatik.

Btw, mungkin part ni takde keganasan sikit. Part ni part yang sedih. So, enjoy dengan mengalir airmata 😢😭







*******







Di hospital...

Dahyun berlari pantas meninggalkan Newsun, High. D dan Chanyeol di belakang. Hatinya tidak henti-henti berdoa agar kesihatan Nahyun pulih walaupun dia tahu sukar untuk Nahyun sembuh.

Sampai sahaja di depan bilik wad Nahyun, Dahyun terlihat Dr. Yoona keluar dari bilik wad.

"Dok, macam mana dengan keadaan unnie saya?" tanya Dahyun sedih. Kedua-dua tangannya memegang lengan kanan Dr. Yoona.

Dr. Yoona memandang sayu pada Dahyun. "Keadaan unnie kamu semakin kritikal. Kamu boleh tengok keadaan unnie kamu" kata Dr. Yoona. Selepas menunduk hormat pada Dahyun, Dr. Yoona meninggalkan Dahyun.

Dahyun menolak kuat pintu wad. Dia lihat di kepala Nahyun sekarang tiada rambut lagi. Hanya kepalanya yang licin. Mukanya yang cekung. Badannya yang semakin kurus. Dan yang paling perit, Dahyun lihat pernafasan Nahyun semakin tidak teratur.

"Unnie.."

Nahyun membuka mata perlahan. Dia menggerakkan kepalanya sedikit untuk melihat Dahyun. Dia cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun perit.

"Unnie..." Dahyun berlari ke arah Nahyun. Lalu tubuh Nahyun dipeluk dengan erat sambil menangis teresak-esak.

Newsun, High. D dan Chanyeol sampai di wad Nahyun. Mereka bertiga perlahan masuk ke bilik wad. Dapat mereka lihat Dahyun begitu sedih dengan keadaan Nahyun. Begitu besar sayang Dahyun pada Nahyun walaupun Nahyun pernah membuat perkara keji pada Dahyun.

"Dahyun-ah, please don't cry" kata Nahyun perlahan.

"Nahyun-ahh" panggil Newsun sayu. Bahunya terangkat-angkat menahan tangisan.

Nahyun melepaskan pelukannya dengan Dahyun. Matanya bertembung dengan tubuh Newsun, High.D dan Chanyeol. Senyuman kecilnya diberikan pada mereka bertiga.

"Korang..." panggil Nahyun lemah.

Newsun dan High. D berlari ke arah katil Nahyun. Newsun memeluk Nahyun dari belah kanan manakala High. D memeluk dari belah kiri. Mereka menangis di dalam pelukan Nahyun. Teresak-esak.

"Nahyun, kau dah pernah janji dengan kitorang yang kau takkan tinggalkan kitorang" kata High. D sedih.

"Aku memang tak nak tinggalkan korang. Tapi Tuhan dah takdirkan aku macam ni" kata Nahyun perlahan.

Dahyun mengelap airmata. Tetapi air matanya miliknya tidak henti-henti keluar.

Chanyeol yang melihat Dahyun seperti itu berasa sedih. Lalu dia datang ke arah Dahyun dan tubuh kecil Dahyun dipeluknya.

"Oppa ada dekat sini" kata Chanyeol.

Dahyun hanya menangis di dalam dakapan Chanyeol. Teresak-esak.

"Chanyeol-shi.."

Chanyeol memandang ke arah Nahyun apabila yeoja itu memanggil namanya. Lalu pelukannya dengan Dahyun dilepaskan. Kakinya melangkah ke arah Nahyun.

High. D dan Newsun menjarakkan tubuh Nahyun untuk memberikan ruang pada mereka berdua.

"Ya?"

"Aku nak minta maaf dengan kau. Aku nak minta maaf dengan EXO sebab pernah buat perkara yang tak baik dengan korang" pinta Nahyun.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now