Part 32 - Pengsan

407 27 7
                                    

Waktu balik...

Dahyun menolak pintu perpustakaan dengan perlahan. Hari ini dia harus balik lewat sedikit kerana dia mahu mengulangkaji pelajaran bahasa inggeris. Dia juga sempat memberitahu hal ini pada Chanyeol.

Dahyun mengerakkan kakinya ke arah rak kamus. Kamus tebal bahasa korea - bahasa inggeris diambil. Lalu dia melangkah ke arah meja kosong.

Setelah kerusi itu ditarik, Dahyun melabuhkan punggung di atas kerusi. Lalu Dahyun membuka buku latihan terlebih dahulu dan setelah itu dia membuka kamus tebal itu.

Seorang namja itu menolak pintu perpustakaan itu dengan perlahan. Dia pun mahu mengulangkaji pelajaran di perpustakaan itu. Setelah kakinya melangkah masuk, mata sepetnya terlihat tubuh Dahyun yang khusyuk mengulang kaji pelajaran. Lalu kakinya melangkah ke arah Dahyun.

"Can I join?" tanya namja itu.

Dahyun mengangkat kepalanya. Riak mukanya berubah apabila melihat namja itu. Matanya memandang ke arah tag nama itu.

Kim Namjoon (김남준)

Dahyun tidak membalas. Malah dia menyambung semula menyalin nota itu.

Namjoon mengangkat kedua-dua belah bahunya. Lalu dia menarik kerusi di hadapan Dahyun.

"Siapa bagi kebenaran untuk kau duduk dekat sini. Banyak lagi kerusi kosong dekat sini?" tanya Dahyun sinis tanpa memandang Namjoon. Matanya terlampau fokus dengan buku latihannya.

"Kalau aku minta kebenaran dengan kau pun, confirm kau takkan bagi. So, better aku duduk tanpa menanya" balas Namjoon. Lalu dia pun melabuhkkan punggung di atas kerusi.

Dahyun hanya menahan geram. Lantak lah. Lalu dia fokus pada ulang kajinya.

"Kau tengah buat apa tu?" tanya Namjoon setelah 2 minit mereka berdua diam.

"Tengah tidur. Tak nampak ke?" balas Dahyun sinis. Tentu lah dia buat ulangkaji dia. 😒

"Maknanya kau tengah mengigau lah ni?" pertanyaan pedas Namjoon menyebabkan Dahyun terdiam dan geram. Malas mahu berbahas, Dahyun menyambung kerjanya.

Namjoon melihat Dahyun. Dapat dia lihat muka Dahyun seperti berkerut. Matanya terpandang buku-buku yang berada di hadapan Dahyun.

buku latihan. Buku kamus.

Mesti budak ni tengah kaji pasal grammar. kata Namjoon di dalam hati. "Kau nak aku tolong kau tak?" pelawa Namjoon.

Dahyun hanya diam membisu. Malas nak balas pertanyaa Namjoon.

"I'm asking to you Kim Dahyun" kata tegas Namjoon membuatkan Dahyun memandangnya tepat.

"Nah. No thanks. I can do it" tolak Dahyun.

"Apa salahnya kalau aku share ilmu dengan kau. At least benda ni kau dapat ilmu dengan aku. Aku bukan nak berlagak ke apa, tapi aku suka share ilmu aku dengan orang. Dan aku suka ajar orang sampai orang tu boleh faham tentang subjek tu" tipu Namjoon. Jujurnya, dia memang tidak suka berkongsi ilmu kepandaiannya pada orang. Tetapi dia terdetik mahu mengongsikan ilmu dia pada Dahyun.

Dahyun terdiam. Kata-kata Namjoon adakalanya betul juga.

Namjoon tersenyum kecil. Dia tahu Dahyun memang perlukan pertolongan. Biasalah ego.

Dahyun perlahan-lahan memberikan buku latihan itu pada Namjoon. Namjoon menarik buku latihan itu dengan perlahan. "Oh! ni senang je. Meh aku ajarkan kau" kata Namjoon.

Lalu Namjoon memgajar Dahyun dengan tekun. Dahyun menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Ok. Aku ada bagi beberapa soalan untuk kau jawab. So, aku nak kau padankan jawapan tu dengan betul" kata Namjoon. Senyum.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now