Bab 19

433 40 21
                                    

"Oleh itu, seongsanim dah bincang benda ni dekat pengetua, Kim Dahyun dan Minatozaki Sana, kamu berdua kini gantung sekolah selama sebulan" bulat kata Pn. Sunmi.


▪️▪️▪️▪️▪️


"Mwo?!" Sana terkejut. Baru masuk sekolah, dia dah kena gantung.

"Seongsanim, Saya dengan Dahyun tak ambil pun barang seongsanim" kata Sana untuk menindakkan kata-kata Pn. Sunmi.

"Hehehehe" ketawa Dahyun.

Pn. Sunmi dan Sana memandang Dahyun yang ketawa terkekeh-kekeh. Apa yang lawak?.

"Dahyun, kenapa kamu ketawa?. Seongsanin tidak buat lawak pasal benda ni?" Pn. Sunmi memandang Dahyun pelik.

"Hahahahaha. Haihh.. Entahlah seongsanim. Bagi saya, benda ni lawak" balas Dahyun ketawa. Habis sahaja ketawa, suara Dahyun kedengaran sedu. Dia menahan airmatanya.

Sana berasa kasihan pada Dahyun. Dia tahu Dahyun dah banyak bersabar dengan dugaan dia. Tapi yang ini, mungkin dia tahu Dahyun sudah hilang sabar dengan semua ni.

Pn. Sunmi mengeluh "Kamu boleh masuk kelas kamu. Esok kamu berdua tak perlu datang sini. Kamu dah mula gantung sekolah mulai esok"



******



Di kelas...

Sana dan Dahyun memasuki kelas.

Satu kelas memandang Sana dan Dahyun dengan perasaan benci. Pelajar namja yang memuji Sana kini tidak lagi. Pelajar namja sudah membenci Sana.

Sekali mata Dahyun menangkap pandangan Eunha dan Yuju. Eunha dan Yuju tersenyum sinis. Dahyun mengenggam tangannya. Kakinya dengan laju melangkah ke arah mereka berdua.

Pang!

Eunha ditampar oleh Dahyun. Dahyun menahan geram.

"AKU TAHU NI SEMUA RANCANGAN KAU KAN?!!"" marah Dahyun.

Sana terkejut. Matanya terkebil-kebil memandang Dahyun.

"Kau jaga-jaga sikit. Kau jangan nak tuduh kitorang pula. Kau tu mencuri. Lepas tu tak nak mengaku pula!" marah Eunha. Pipinya mula rasa kebas.

"Aku rindu dengan korang yang dulu. Mana perangai korang yang dulu..hikss" kata Dahyun sayu.

Eunha dan Yuju memandang Dahyun dengan pandangan jijik. Yuju balas" Yuju dan Eunha yang dulu dah tak ada".

Dahyun mengelap airmatanya. Lalu dia menarik tangan Sana melangkah ke luar kelas. Lagipun, waktu sekolah lagi 10 minit nak habis. Lama juga mereka duduk di bilik guru.

Eunha dan Yuju tergelak sinis melihat pemergian Dahyun dan Sana. Lalu mereka bertepuk High-5 sebagai kejayaannya dapat menjatuhkan Dahyun dan Sana.

Ya. Eunha dan Yuju lah yang merancang untuk mencuri rantai mutiara dan telefon Pn. Sunmi. Lalu mereka meletakkan barang kepunyaan Pn. Sunmi ke dalam begi Dahyun dan Sana masa rehat.

"Weh Dahyun, kelas tak habis lagi lah" beritahu Sana yang cuba menstabilkan perjalanannya.

"Tak payah. Lagipun ada 10 minit je sekolah dah nak tamat" balas Dahyun.



******



Di rumah Keluarga Sana...

"Selamat datang ke rumah dinda yang tak beberapa besar ni" ucap Sana ala-ala menundukkan hormat pada Dahyun. Seperti menunduk hormat pada tetamu yang datang ke rumah.

Step Sibling [HIATUS]Where stories live. Discover now